March 29, 2024

Zombi Kilang Biskut

zombi kilang biskut Kampung Pisang tetap mempunyai misterinya ada sahaja yang cuba dibawakan oleh Mamat Khalid.

Bermula dengan Zombi Kampung Pisang. Diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (HMJT). Kini Mamat hadir dengan naskah Kampung Pisang iaitu Zombi Kilang Biskut.

Zombi Kilang Biskut masih dibarisi pelakon yang sama seperti tiga filem terdahulu antaranya Awie, Usop Wilcha, Delimawati dan Man Kadir selain turut menampilkan watak-watak baru bagi memberikan suntikan lebih segar.
Zombi Kilang Biskut
Pengambaran untuk filem ini telah dibuat pada Disember 2013l di sekitar Chemor, Jelapang dan sekitar Bandaraya Ipoh.

Ia juga merupakan filem pertama diterbitkan syarikat milik Mamat Khalid sendiri, Enjit Enjit Semut Sdn Bhd dengan bajet sebanyak RM1.9 juta.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Kisah bermula bila Usin pulang ke Kampung Pisang dan bertemu dengan Usop, Wahab B dan juga Pian. Mereka semua kini bekerja di sebuah kilang di hujung kampong mereka iaitu Kilang Biskut.

Abg Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di kilang biskut.

Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi technician bersama-sama Wahab B. Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.

Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.

Dalam masa yang sama, Kampung mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.
Zombi Kilang Biskut
Konflik ini telah mencetuskan huru hara di kampong pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombi telah mula menyerang.

Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah. Apa yang akan terjadi seterusnya.

Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka?

Best ke tak best pasal cite nie? Anda kena tengok sendiri Zombi Kilang Biskut di pawagam berdekatan anda.

Trailer Zombi Kilang Biskut

Bicara Bro : Ada beberapa part yang mampu buat anda ketawa.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Zombi Kilang Biskut

  1. Apabila melihat barisan pelakon yang membintangi Zombi Kilang Biskut, saya dah dapat menggambarkan kelucuan filem ini… Pasti para penonton tak gusi melihat gelagat lakonan Awie dan Usop Wilca… hahaha X 100K

Leave a Reply to profhariz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *