You are here
Home > Ucapan > Rakan Wartawan Media Prima Bertunang

Rakan Wartawan Media Prima Bertunang

Zulkifli Nordin - Wartawan Galaksi TV9
Alhamdulillah, sorang per sorang kenalan Bro dalam dunia media melangkah ke fasa baru.

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada rakan wartawan dari Media Prima yang baru melangsungkan majlis pertunangan mereka.

Kalau ikutkan, bab-bab selebriti macam dorang layak ditulis di HyeBro berbanding di blog ini. Tapi nak buat macam mana, dorang memang rapat dengan Bro. So layak sangat kot dituliskan kisah dorang dalam blog peribadi macam BroFramestone.com nie.

Yang pertama sekali, Bro tujukan kepada Zulkifli Nordin – Wartawan Galaksi TV9.

Boleh dikatakan hampir kesemua kesemua event media yang Bro cover dia memang ada. Dah memang kerja beliau sebagai wartawan dunia hiburan bergandingan dengan Nas Ahmad untuk rancangan Galaksi TV9.

Nak lagi best,

Sebelum kahwin, hari-hari dok usha muka dia sebab kami dok menyewa satu rumah since tahun 1998 sampai la nie (Tapi hujung 2011 Bro chow sebab nak duduk dengan puan isteri).

Nak lagi best,

Dari form 1 hingga form 6 dok hadap muka dia dekat sekolah dan asrama he…23x

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada mu atas ikatan pertunangan ini. Hang senyap-senyap je bertunang ek. Patut la hari tue dok sms tanya prosedure nak bertunang, nikah etc. Akhirnya terbuka pintu hati mu setelah beberapa budak rumah + sekolah kita sudah mendirikan rumah tangga.

Zuan Bikin Panas Melodi TV3

Tidak lupa juga kepada Zuan Bikin Panas – Wartawan Melodi yang juga baru mengikat tali pertunangan.

Walaupun kita xde la rapat sangat. Tapi selalu gak bertegur tiap kali Bro mencemar duli di Seri Pentas, Bandar Utama dan lepak makan-makan tiap kali dapat assignment sama-sama.

Apa-apa pun moga dipermudahkan buat korang berdua.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Rakan Wartawan Media Prima Bertunang

  1. Biasanya dengar cerita tentang rakan artis bertunang atau berkahwin… Tapi kali ni dapat dengar berita tentang rakan wartawan blo bertunang…

    1. Asik cerita pasal artis, baik kita cerita pasal orang yang kita kenal or kenal kita.

      Kita dok promote2 artis tue macam kita kenal dorang, tapi dorang? ada kenal korang? he..23x

Leave a Reply

Top