17,149,051 total views, 355 views today

Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad.

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Press Conference SuperSquad
Baru-baru ini, Bro telah menghadiri Majlis Sidang Media Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad bertempat di UNITAR International University, Kelana Jaya.

Oh, tempat Bro menuntut ilmu dulu.

Tapi di kampus lama dorang, bukan yang sekarang ini.

Tujuan mereka mengadakan Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival ini ialah untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik.

Press Conference SuperSquad

Ianya melalui Tontonan Filem Animasi SuperSquad yang diadakan KHAS hanya untuk anak-anak dan juga Mini Karnival yang berbentuk ‘Educational Entertainment (Edutainment)’ seperti :-

  • Pembelajaran pembikinan Animasi SuperSquad dalam bentuk 3D dan 2D,
  • ‘SuperSquad Mascot Appearance’
  • ‘SuperSquad Edutainment Games’ istimewa untuk anak-anak ini.

Program ini akan diadakan pada 22 dan 23 Mac 2014 dari 8.30 pagi hingga 6 petang dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia.

Sinopsis Animasi SuperSquad.

Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing.

Sebuah filem epic ‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.

Press Conference SuperSquad

Antara pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini.

Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad.

Filem Animasi SuperSquad yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan ditayangkan kepada penonton umum di Pawagam pada bulan Mei 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad.

  1. Seronok juga kalau dapat join program CSR macam ni… Tapi sayangnya jauh sangat nak ke sana… 😉

  2. Tak dapat hendak turut serta sebab pelancaran pada hari bekerja. Harap filem ini meletup pada hari tayangan.

  3. Sure kanak-kanak teruja nak tonton citer nie…

Leave a Comment