April 19, 2024

Peristiwa Ngeri Lepas #SBB2014 – Kesan Lipstik Pada Baju

Lipstik Pada Baju Suami

Akhirnya peristiwa paling ngeri telah berlaku juga.

Dalam masa gua menjaga tingkah laku dan perbuatan gua setelah bergelar suami mahupun ayah, tak sangka tercalar juga sewaktu Majlis Sepetang Bersama Blogger tempoh hari.

Gua ingat, panas sampai ke petang.

Rupanya sepanjang minggu ini hujan turun sedikit-sedikit dek kerana Projek Pembenihan Hujan yang dijalankan. Tapi bahang tetap dirasai dek cuaca yang terlampau panas.

Sewaktu puan isteri sedang membasuh pakaian.

“Bang, mari sini sekejab”

“Ada apa?” jawap gua macam taikotaik kucing depan isteri.

“Awak tengok nie, nie apa? nie ape?” sambil dia tunjukan kesan gincu aka lipstik yang melekat pada baju yang ingin dibasuhnya.

“Err… err….” jawap gua terketar-ketar.

“Nie kenapa gagap nie? Perempuan mana punya lipstik nie bang?” keras nada isteri gua.

“Eh, mana la abang tahu. Entah awek or mak awek blogger mana entah yang terkiss baju Fisha masa bergambar tempoh hari” jawap gua dengan nada suspen.

Bicara Bro : Gua nak tanya nie, siapa yang gegatai tinggalkan kesan lipstik pada baju anak gua? Selamat anak gua ini perempuan.

Dan selamat bukan pada baju daddy dia. Kalau tidak…..!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “Peristiwa Ngeri Lepas #SBB2014 – Kesan Lipstik Pada Baju

  1. saje singgah tinggalkan komen pertama dr saya di hari pertama tahun 2015… bentuk bibir lipstick tu mcm kenal je… k bai.

Leave a Reply to aien hermionie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *