17,162,690 total views, 3,256 views today

Nikmatnya Perkahwinan Sekiranya Kita Sudah Bersedia

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Majlis Perkahwinan Johor
Nikmatnya satu perkahwinan itu sekiranya kita sudah bersedia.

Itu baru satu, belum dua, tiga atau empat perkahwinan sekiranya kita sudah bersedia dan mampu.

Terbaca status seorang rakan di facebook. Masih muda lagi orangnya. Sorang persorang rakannya akan menamatkan zaman bujang. Sedangkan beliau masih lagi sedang mencari.

Kalau dah jumpa, bersediakah beliau untuk berumah tangga?

Itu je yang bro ajukan pada dia.

Tiada gunanya jika berkahwin tapi keadaan diri, mantel dan fizikal tidak bersedia.

Mas Kahwin Bro Framestone Iera Kan

Setakat berkahwin (yakni nikah), ramai je yang mampu (siap mampu nikah lagi)

Tetapi bagaimana perjalanan hidup mereka selepas diijab kabulkan? Ada kenalan Bro yang berkahwin dalam tempoh yang singkat dah bercerai. Alasannya tidak sehaluan, dia itu ini. Ada sahaja alasannya.

Sedangkan cerai itu merupakan penyelesaian terakhir sekiranya perlu jika tiada cara penyelesaian untuk masalah yang anda hadapi.

Jika anda betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri. Pasti anda akan berusaha untuk mencari cara penyelesaian terbaik dalam membaiki hubungan dan bukannya untuk memutuskan hubungan itu.

Alhamdulillah,

Bro dikurniakan seorang isteri yang terbaik pada Bro dan keluarga. Walaupun dia masih muda lagi, tetapi beliau lagi nampak matang berbanding dengan Bro sendiri.

Tetapi mana ada kekurangan pada dia, Bro akan sempurnakan.

Mana ada silapnya, Bro akan baiki.

Mana ada kemahuannya, Bro akan tunaikan

Mana ada tempat makan best, Bro bawa dia makan.

Siapa tak sayang isteri.

miekael dkna abza kahwin
Lepas Bro kahwin, pengapit bro pula yang kahwin. Mungkin sebab dah tak sanggup jadi pengapit lagi kot.

Bro pernah cakap dekat dorang, pasang niat nak kahwin, insya’lah dipermudahkan olehNya.

Tapi tak tahu berkesan atau tidak bagi yang ada pasang niat nak kahwin lagi. Tapi anda boleh cuba, mana tahu dipermudahkan ke kan he…23x

Antara persediaan yang perlu ada pada diri anda :-

  1. Ilmu agama – walaupun sikit, pastikan ada dan jangan sampai dilabelkan sebagai orang yang jahil tentang agama. Kurangkan refer pada “ustaz” Facebook.
  2. Ilmu rumah tangga – walaupun masih menumpang rumah keluarga sendiri/mertua. Pastikan anda ada ilmu ini walaupun sedikit. Jaga rumah tangga sendiri dan kurangkan menyibuk tentang rumah tangga orang lain.
  3. Ilmu memasak – walaupun anda tak pandai memasak. Sekurang-kurangnya pandai masak campak-campak dalam kuali pun jadilah. Jika xpandai masak nasi, Tak apa. Janji jadi bubur kanji dan bukannya nasi hangit. Jangan pula masak air sampai jadi kering sudah la.
  4. Ilmu……. Gua rasa korang pun boleh fikir sendiri. Susah sangat, Google je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 thoughts on “Nikmatnya Perkahwinan Sekiranya Kita Sudah Bersedia

  1. den dah merasa jadi pengapit. dah dapat berkat..hehehehe

    1. Takat berkat je xde gunanya kalau x digunakan secepat mungkin

    2. haha klu ada sponsor, dah jalan dah bro..

    3. tak kan semua nk sponsor kot… Kena jadi pengomen tegar blog deqnoor berturut2 selama bertahun2.. kot2 dia sudi sponsor ke kan

  2. missscofield

    niat sentiasa ade….

    calon xde camne??

    1. Insya’lah akan ada nanti. Mungkin kena ubah laluan hidup, jangan buat benda yang sama hari2. Insya’lah akan membuka mata kita melihat orang yang berbeza setiap hari. Jodoh kita sendiri pun kita xtau dekat mana. Mana teruskan berjalan, pasti akan ketemu nanti ๐Ÿ™‚

  3. bestnye…btw muke bro dan wife ade iraslah =)

    1. Eh ye ke… iras tang mana la tue ek?

  4. Mmg dok pasang niat nk kahwin ni..moga di permudahkan. . ๐Ÿ˜‰

    1. Bila la tarikhnya ek ๐Ÿ™‚

  5. btol tuuu.. persiapan ddiri ntuk mgalas tggjwb tuu pntg sebelum memulakan langkah ke alam pkahwinan. xda ilmu di dada.. nahuzubillah. umpama mdayung sampan d lautan xda arah tuju..

    1. silapdayung, pendayung patah… terpaksa berserah ikut je laluan ombak… jika terdampar bagus la.. kalau terkaram…?

  6. yang ilmu ……. tu aku rasa aku faham..

    1. Ilmu apakah itu.. habaq mai kejab… he..23x

  7. Sayangnya ramai yg kurang ilmu agama dan ilmu memasak. Ilmu yg akhir tu je yg ramai asyik belajar ๐Ÿ˜›

    1. He..23x nak tanya nie, apakah ilmu terakhir tue ek?

  8. Assalamualaikum, setuju 100% dgn ape yg bro ckp.Even wedding on june still try utk prepare mental n fizikal. Sometimes, rasa eh dah betul ready ker?? ?

    1. All da best ek emma…

      Benda nie normal je. Bro dulu masa dah akad nikah pun rasa macam belum ready je.. Belum lagi bila nak nikah lagi satu nanti… ready kah aku?

  9. Solat orang berkahwin lebih pahalanya daripada solat orang bujang.

    1. Sejak ada anak nie jarang dapat solat berjemaah dengan isteri. Tapi alhamdulillah, kena pandai curi masa untuk bersama berjemaah ๐Ÿ™‚

  10. […] tu. Sebab blogging ni sebenarnya seronok, dapat kawan baru, dapat awek, dapat bini macam BroFramestone ni..bertemu jodoh dengan blogger, tak gitu? Tapi tak tau la korang ย ada niat nak tambah bini lagi […]

  11. sedang menambah ilmu di dada.. kena menuntut ilmu lpas kahwin dengan bro nih. hehe

    1. Heppp bro pun xde banyak ilmu lagi nie…

  12. Assalam… bro, anak n bini sihat? …alhamdulillah.
    berkat kesefahaman melahirkan insan yg membawa rasa nikmat kebahagiaan anda berdua sbg pasangan suami isteri akan bertambah2 lagi. Bahagia mesti dicari…kalau dah datang jangan lepas ia pergi begitu sahaja; berkongsilah dgn anak2 muda sekarang yg sangat dahagakannya.

    1. W’salam.. alhamdulillah semuanya sihat.. Bila la kita ada kelapangan untuk bertemu lagi?

  13. yang penting kena penuhkan ilmu di dada…..

    1. Kadangkala ilmu penuh di facebook tetapi tidak diamalkan…

  14. Fuyo bro..kite pon bakal tamatkan tapi tahun dpn haha baru lps habis belajar hopefully my mr future fikir cmni haha sbb beza 5 tahun ๐Ÿ™‚ ilmu masih lagi dikutip, ilmu blog lagi lah byk nak kutip

    http://www.nadiasecreto.com

    1. Siapa yang beza 5 tahun tue ek… Xpe, wife bro pun banyak bezanya dengan bro… tapi alhamdulillah dia matang dan penyabar orangnya.

  15. ..Bila-bila ada kelapangan / gathering blogger kita blh jumpa..nk tgk anak comel bro sekali ๐Ÿ™‚

    1. Tak pe, dah ready nanti bgtau he…23x

  16. haaa. mcm tahu je siapa rakan yang nak menamatkan zaman bujang dia tu. ekikiki.

Leave a Comment