April 25, 2024

Mee Udang Galah, Stadium Bola Sepak Cheras

Mee Udang Galah Stadium Bola Cheras
Alhamdulillah, dapat menikmati Mee Udang Galah sewaktu lepak di sekitar perkarangan Stadium Bola Sepak Cheras berhadapan dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Niat asal ke sini untuk perkena gado-gado dan cendol.

Malangnya, perlu beratur pantang untuk membelinya dan kekurangan tempat untuk duduk.

Maka bergerak dari satu gerai ke gerai yang lain sehingga terjumpanya gerai yang menjual Mee Udang Galah.

Tiba-tiba nafsu + mengidam kembali memuncak (mungkin dah lama tak perkena udang galah), lalu Bro bercadang untuk perkena semangkuk mee udang galah disana.

Terdapat dua jenis hidangan :-

  1. Mee Udang biasa – RM6
  2. Mee Udang besar – RM18

Bro order mee udang besar + 2 air sirap selasih. Berbaloi-baloi dengan harganya bila dapat 2 ekor udang galah yang memenuhi mangkuk mee. Yum yum yum…!!!

Bro tak pasti hari apa ianya dibuka (tapi rasanya macam hari-hari je buka dari tengahari ke lewat petang.

Boleh bungkus atau makan disana. kerusi + meja disediakan he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Mee Udang Galah, Stadium Bola Sepak Cheras

    1. Sorry la.. Bro x layan orang yang pergi tengok Need for Speed tak ajak he…23x sian bro tunggu sensorang dalam kereta xde orang nak teman bro g tgk wayang. Last2 perkena Mee Udang Galah. itu pun sensorang juga

  1. Pergghhh.. Besar betul Udang Galah yang masuk dalam mangkuk Bro… Memang berbaloi harga yang dikenakan untuk mee + 2 ekor udang galah besar… ;)

  2. macamana rasa kuah mee tu Bro…maniskah ? ; selalunya macamtulah , aku teringat nak balik Pt Buntar…sana ada jual mee udang galah ! , Banting sini takda la Bro..nak kena ke cheras gamaknya.

    1. Takde la manis sangat…

      Bro pernah kot makan mee udang dekat area Partit Buntar. tapi dah lupa apa nama tempatnya, Tahun 2006 pergi pukul 11.30 malam (sebab teringin nak try)

Leave a Reply to sukma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *