March 29, 2024

Mashimaro – Kisah “Cinta Monyet” Tahun 2007

Mashimaro – Kisah “Cinta Monyet”
Mengimbau kenangan waktu “cinta monyet” di awal tahun 2007. Rasanya dah genap 7 tahun peristiwa ini.

Patung Mashimaro menjadi saksi.

Eh ini cinta monyet ke cinta arnab nie?

Tajuk nak gempak je kan. Sebenarnya bukan cinta monyet pun. Perasaan cinta pun xde lagi waktu itu. Cuma Bro tertarik dengan kecomelan patung Mashimaro.

Waktu kejadian, Bro sedang berkampung di PWTC sempena Seminar Antarabangsa yang ada kaitan dengan LAN – Lembaga Akreditasi Negara (dah lupa apa nama seminarnya).

Waktu itu Bro merupakan salah seorang wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan. Kiranya kami berdua (dengan ehem) termasuk rakan-rakan yag lain terdiri dari wakil MPP dari Kolej/Universiti seluruh Malaysia.

Pada hari terakhir kami disana,

Bro bawa member dari Sabah pergi shopping sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh 2 jam sebelum makan malam.

Waktu member Bro tengah tawar2 harga barang. Bro ternampak sesuatu yang comel dan buat bro teringat pada seseorang. Eh kenapa Mashimaro ini lebih kurang sama comel macam salah seorang peserta yang menyertai je nie?

So, bro SMS dia.

Suruh dia book tempat duduk Bro waktu dinner malam ini (dinner perpisahan sebelum kami pulang ke kolej/universiti masing-masing) dan Bro nak dinner sama dengan dia.

Dia cakap ok, terus Bro beli patung Mashimaro itu.

So waktu tengah dinner malam itu, Bro nampak dia menarik sangat. Alamak, Bro control-control… Jangan sampai jatuh hati. Sedangkan waktu itu Bro tengah jeles dia bersembang dengan orang lain.

Jeles itu tanda ape ek?

Sebelum kami bersurai, Bro hulurkan patung mashimaro ini untuk dia. Dia macam terkejut sangat, ada la beberapa orang yang nampak aksi itu. Nampak tak ketidak maluan Bro disitu.

Ala relax la…

Masing-masing dah besar panjang kan…

*******************

Baru-baru ini, Bro teradd dia di laman facebook (entah macam mana boleh terjumpa)

Kami chat dan bertanya khabar. blah blah blah blah (mana boleh bagitau korang apa yang kami bualkan). Terbuka cerita pasal Mashimaro. Dia cakap Mashimaro sihat dan makin comel macam dia.

Dah bertahunkan kisah itu….

Terima kasih Melissa kerana sudi jadi rakan Bro selama ini. Wakil MPP dari UTM kan?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Mashimaro – Kisah “Cinta Monyet” Tahun 2007

  1. SA dulu selalu dapat kiriman bunga dari entah siapa..dan bunga tu selamat SA sedekah kat makcik tealady dan jugak makcik jaga toilet kat opis…nak secret sangat ko dah kenapa kan…

Leave a Reply to saya disini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *