17,159,646 total views, 212 views today

Mashimaro – Kisah “Cinta Monyet” Tahun 2007

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Mashimaro - Melissa
Mengimbau kenangan waktu “cinta monyet” di awal tahun 2007. Rasanya dah genap 7 tahun peristiwa ini.

Patung Mashimaro menjadi saksi.

Eh ini cinta monyet ke cinta arnab nie?

Tajuk nak gempak je kan. Sebenarnya bukan cinta monyet pun. Perasaan cinta pun xde lagi waktu itu. Cuma Bro tertarik dengan kecomelan patung Mashimaro.

Waktu kejadian, Bro sedang berkampung di PWTC sempena Seminar Antarabangsa yang ada kaitan dengan LAN – Lembaga Akreditasi Negara (dah lupa apa nama seminarnya).

Waktu itu Bro merupakan salah seorang wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan. Kiranya kami berdua (dengan ehem) termasuk rakan-rakan yag lain terdiri dari wakil MPP dari Kolej/Universiti seluruh Malaysia.

Pada hari terakhir kami disana,

Bro bawa member dari Sabah pergi shopping sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh 2 jam sebelum makan malam.

Waktu member Bro tengah tawar2 harga barang. Bro ternampak sesuatu yang comel dan buat bro teringat pada seseorang. Eh kenapa Mashimaro ini lebih kurang sama comel macam salah seorang peserta yang menyertai je nie?

So, bro SMS dia.

Suruh dia book tempat duduk Bro waktu dinner malam ini (dinner perpisahan sebelum kami pulang ke kolej/universiti masing-masing) dan Bro nak dinner sama dengan dia.

Dia cakap ok, terus Bro beli patung Mashimaro itu.

So waktu tengah dinner malam itu, Bro nampak dia menarik sangat. Alamak, Bro control-control… Jangan sampai jatuh hati. Sedangkan waktu itu Bro tengah jeles dia bersembang dengan orang lain.

Jeles itu tanda ape ek?

Sebelum kami bersurai, Bro hulurkan patung mashimaro ini untuk dia. Dia macam terkejut sangat, ada la beberapa orang yang nampak aksi itu. Nampak tak ketidak maluan Bro disitu.

Ala relax la…

Masing-masing dah besar panjang kan…

*******************

Baru-baru ini, Bro teradd dia di laman facebook (entah macam mana boleh terjumpa)

Kami chat dan bertanya khabar. blah blah blah blah (mana boleh bagitau korang apa yang kami bualkan). Terbuka cerita pasal Mashimaro. Dia cakap Mashimaro sihat dan makin comel macam dia.

Dah bertahunkan kisah itu….

Terima kasih Melissa kerana sudi jadi rakan Bro selama ini. Wakil MPP dari UTM kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 thoughts on “Mashimaro – Kisah “Cinta Monyet” Tahun 2007

  1. Fuhh.. Cinta Mashimaro ni, bukan cinta monyet..

    1. Nak dapatkan keyword cinta monyet

  2. eh..eh..pernah gak dapat ni..haha.dolu2 punya cerita…

    1. Siapa la yang bagi tue ek 🙂

  3. fuh hbt bro bg hadiah dpn kwan2..

    1. Xde pe2 yang hebat pun, biasa2 je…

  4. Seronok juga bila baca cerita Cinta Monyet Bro ni… Teringat juga masa zaman saya muda-muda dulu… hehehe X 29

    1. He..23x ini pun try recall balik apa sebenarnya yang terjadi..

  5. Masih berani simpan barang-barang cintan cintun nih?

    1. Eh bukan bro yang simpan he…23x dia yang simpan he..23x

    1. Tang mana yang macam comel tue?

  6. ooowh…kecik2 dah pndai bcinta upenye

    1. Kecik ke masa tue? eh bercinta ke masa tue?

  7. Kenangan manis tu .. memang susah dilupakan 😀

  8. pergghhh…cinta kenangan silam….

  9. berapa banyak kisah cinta hang ni sebenarnya??

    1. Entah… malas nak kira, jika dalam satu masa ada 2-3 orang he…23x dan masing2 masanya singkat je

  10. Cinta mashimaro ni ! Muahahaha.. ^^!

    1. He..23x masalahnya kami tak bercinta pun…

  11. SA dulu selalu dapat kiriman bunga dari entah siapa..dan bunga tu selamat SA sedekah kat makcik tealady dan jugak makcik jaga toilet kat opis…nak secret sangat ko dah kenapa kan…

    1. Tak pernah bagi bunga dekat perempuan….

Leave a Comment