17,153,134 total views, 4,438 views today

Lu Gua Bro!

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Lu Gua Bro
Lu Gua Bro bukan cerita pasal Bro Framestone.

Ianya mengisahkan tentang 2 sahabat baik yang rapat dari kecil sehinggalah kerjaya dan matlamat hidup memisahkan mereka berdua. Lakonan dan idea asal dari Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek.

Lu Gua Bro merupakan filem ke-93 terbitan Metrowealth International Group (MIG) dan mula ditayangkan di pawagam serata Malaysia pada 27 Mac 2014.

Filem arahan Ismail Bob Hasim ini menggandingkan Zalif Sidek, Epy Kodiang, Nina Iskandar, Rahim Sepahtu dan ramai lagi.

Sinopsis Lu Gua Bro!

Lu Gua Bro

Filem Lu, Gua Bro! mengisahkan tentang dua orang sahabat baik Yu (Zalif Sidek) dan Me (Epy Kodiang) yang telah berkawan sejak dari kecil lagi. Mereka tetap bersama walau apa pun berlaku.

Dari kecil sampai ke besar, masing-masing sentiasa menyusahkan orang kampung dengan perangai mereka yang tak beberapa nak bijak.

Sejak dari kecil juga, Yu meminati Hawa (Nina Iskandar) dan Me menyokong hubungan mereka berdua.

Walaubagaimanapun, apabila mereka meningkat dewasa, Hawa telah meninggalkan kampung untuk menuntut ilmu.

Lu Gua Bro

Begitu juga dengan Me yang terpaksa pergi meninggalkan kampung bagi menunaikan harapan terakhir arwah ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Dimana ayahnya inginkan beliau menjadi pegawai polis.

Maka tinggallah Yu keseorangan di kampung menghabiskan duit bapa sehinggakan pada satu malam, bapa dia telah menghalau Yu keluar rumah.

Lu Gua Bro

Yu bertekad untuk ke bandar dan tidak disangka Yu dapat berjumpa kembali Me tetapi dalam keadaan yang sangat bahaya. Mereka terpaksa bergelut dan berlawan dengan penjenayah yang ingin menghapuskan mereka berdua.

Sehinggakan satu kemalangan telah menimpa Yu.

Apa yang terjadi? Sama-sama kita saksikan Filem Lu Gua Bro! dipawagam berhampiran anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Lu Gua Bro!

  1. Nampak menarik jalan cerita Filem Lu Gua Bro Framestone ni…. hehehe

  2. cerita ni lagi menarik kalau bro yg berlakon.
    heheh…
    harap2 ada ler kat Astro First nanti,
    x sempat nk g panggung

  3. Aku filem melayu ni kurang sikit. Kalau betul2 best boleh je layan.

Leave a Comment