March 29, 2024

Kereta Rosak di MRR2

Towing kerete
Dua tiga hari in, Bro memang dah rasa semacam dengan kereta yang selalu Bro gunakan. Ada bunyi yang tak biasa bro dengar dari engine.

So, Bro ada bawa kereta ke workshop untuk mereka check.

Malangnya, kereta ini mengada macam tuannya.

Bila dekat workshop, elok pula tertiba. Macam tiada apa-apa pula yang terjadi. Maka bro buat service biasa.

Sehinggakan pagi ini, selepas hantar seorang teman di Terminal Bas Bersepadu (emergency katanya) dan on da way Bro nak balik ke Perak.

Mungkin dah ditakdirkan.

Tengah sedap-sedap bawa, tertiba kelajuan kereta menjadi slow, slow dan slow. Tekan minyak pun tak rasa apa-apa (kereta tak mengaum). Adeh…!! Parah gak nie.

Maka terpaksa berhenti dibahu jalan MRR2 (Lebuharaya Lingkaran Tengah 2) – selamat ada lokasi untuk berhenti.

Dan selamat juga, kejadian berlaku pada hari Ahad.

Kalau hari biasa, gamaknya gua akan dipersalahkan kerana menjadikan MRR2 makin jem. Tapi hari ini, anytime gua boleh jadi mangsa kemalangan bila lihat kereta lain memancut lanjut menggunakan MRR2 di laluan paling kiri.

Cara terbaik,

Gua pasang double signal. Keluar kereta dan duduk jauh sikit dari kereta di kawasan yang mudah dilihat oleh pemandu yang lain.

Semalam, waktu Bro kutip blogger yang pergi event ke Perak. Bro ada bagitau, “kereta ini sensitif, bila-bila masa je dia akan rosak” Sekali tengok, hari ini turn dia nak rosak.

Memang bajet bulan 3 tahun ini memerlukan gua mengorek tabung “kahwin” gua.

Selamat ada budak “Longkai” ada yang sudi membantu (dah punca rezeki dorang).

Gua malas nak fikir banyak, lagipun ada member sorang datang membantu (cari la kawan sebanyak yang boleh selagi masih hidup ini). So hantar ke bengkel berdekatan (bengkel bebudak dorang gak la).

RM** bertukar tangan.

Bengkel itu tak de la jauh mana dari lokasi, cuma nak ke sana makan berkilometer juga sebab terpaksa pusing jauh dan masuk lorong itu ini baru sampai. Sedangkan kalau jalan kaki redah je, mahu 5 minit sampai.

Budak bengkel yang tak buka bengkel hari ini bagi tau …………….. (kau ingat aku pandai pasal kereta).

Tapi memang ada problem dari engine. Kena buka untuk check, ada part yang perlu ditukar. Azab gak la mendengarnya. Tapi gua dah pesan, jangan nak pancung gua mahal-mahal.

Gua pun ada bajet gua sendiri.

Bicara Bro : Kereta gua rosak tetapi tidak menjejaskan lalu lintas di MRR2. Semuanya berjalan lancar kecuali duit poket gua yang nampak macam terjejas teruk.

Jangan sesekali menipu isteri. Walaupun tipu sunat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Kereta Rosak di MRR2

  1. mmg bernasib baik rosak timeh hari ahad,
    kalau hari bekerja mmg jiwa kacau ler kena hon tue.
    next time kna beringat jgn sebut pasal kereta dalam kereta..
    hehe..
    mmg kereta sensitif bab tu.

  2. Takziah, dah sampai masa kereta tu nak meragam, nasib baik bukan waktu bergegas kan…ker bukan?
    Hati-hati memandu, asalkan kereta dalam keadaan baik proses mencari rezeki pasti akan lebih lancar.

  3. bab kereta yg tiba tiba baik demam bila dah sampai workshop tu biasa berlaku

    hari2 kita bawa ada bunyi sana sini, bila powen bawa dia cakap ok je..tak bunyi apa pun

    kereta sebenarnya boleh dapat anugerah pelakon terbaik :P

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *