Aktiviti mengosok gigi lebih mudah dengan adanya Philips Sonicare.
Ini pertama kali dalam hidup gua pakai berus gigi elektrik. Selama ini pakai berus gigi berkuasa tangan je.
Itu pun beli yang sepacket ada 3.
1 untuk gua dan 2 lagi untuk isteri gua. Tamak haloba sungguh.
Tapi dia sendiri cakap, berus gigi dia asik ada orang pakai je dekat rumah ini. Sedangkan hanya kami berdua je yang ada dekat rumah. Ke gua yang pakai tanpa gua sedari.
Selalu main tangkap muat je mana-mana berus dalam mulut. Siapa suruh tak letak nama dekat berus gigi tue.
Tapi sejak ada berus gigi Philips Sonicare, gua rasa berus-berus gigi yang sedia ada di dalam rumah ini seperti di anak tirikan. Teruma berus gigi isteri gua.
Kenapa?
Dia pula yang over pakai berus gigi ini berbanding gua.
Jika dulu, kami tak nak berkongsi berus gigi. Tetapi sekarang, terpaksa he…23x Tak kan nak beli lagi satu. Ini pun dapat FREE….
Bicara Bro : Kenapa gua ambil berus gigi sedangkan orang lain ambil Soymilk Maker macam si Hafiz Rahim.
Mieza ada 1 berus gigi pakai bateri daripada Philips, dapat dalam Bag of Love. Sampai now masih dalam kotak lagi tak pernah guna sebab lagi suka berus gigi biasa, hehe
macam bagus je,nanti nak beli satu la,tu pun kalau berbaloi,hehe
Pakai b3? Hahaha automatik ke ace?
Dulu ada pakai tetapi tidak ingat jenama apa. Berhenti guna apabila berus ganti tidak lagi terjual model yang pakai.
Dpt free….. Heeeeeee
Adik mmg guna berus gigi yg elektrik…. Heeeee