4,651,313 total views, 1,787 views today

Fesyen Terkini Dari Galeri Ariani – Exclusive Preview 2014

Galeri Ariani - An Exclusive Preview
Koleksi terkini buat peminat galeri tudung dan muslimah terkenal – Galeri Ariani.

Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka sewaktu Majlis Prtunjukan Fesyen “An Exclusive Preview” dari Galeri Ariani bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton pada 6 Mac 2014.

Gambar diatas bersama kenalan blogger – Sabby Prue yang juga turut serta di majlis ini.

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Selain memperkenalkan koleksi terbaru mereka.

Majlis ini turut mengumumkan duta baru Ariani 2014 – Nurul Shuhada (perseonaliti TV3) bagi mengantikan Wardina Saffiya yang selama ini merupakan Duta Ariani yang bakal berhijrah ke Australia.

Beliau merupakan Pemenang Juara Malaysian Top Host 2005 dan pernah mengacara beberapa program seperti Majalah 3, Malaysia Hari Ini (MHI) dan lain-lain lagi.

Koleksi Galeri Ariani 2014.

Galeri Ariani 2014 bakal menampilkan rangkaian rekaan dan koleksi terbaru yang lebih segar dan akan mula dikeluarkan untuk pasaran umum pada 21 Mac 2014.

Rekaan terbaru 2014 menampilkan elemen kreatif, sotisfikated dengan perincian ditumpukan pada penggunaan warna-warna segar dan terkini namun dalam masa sama masih mengekalkan ciri-ciri kontemporari dan kesopanan kepada si pemakai.

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Istimewanya Ariani kali ini adalah kehalusan jahitan, kemasan produk dan teknik potongan telah dipertingkat dan diberi ketelitian kerana disitulah istimewanya produk Ariani.

Antara koleksi terbaru dari Ariani adalah Zafira Printed, Selendang Embroldery, Selendang Printed, Selendang Printed Stone, Selendang Crumple, Aleesya Beaded Block Heavy, Zafira Lace, Selendang Art Work, Selendang Stone, Selendang Lace, Tiara Chiffon 2 Layer.

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Paling menarik,

Terdapat acara penyampaian hadiah kepada 66 pemenang Cabutan Bertuah Ariani sempena jualan murah akhir tahun pada 2013 sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang selama ini menyokong Galeri Ariani sehingga unggul sebagai “pencetus revolusi tudung tanahair”

Dan setiap pemenang menerima hadiah berdasarkan cabutan bertuah berupa iPhone 5s, Karpet Eksklusif Iran dan baucar membeli-belah bernilai RM1,000.

Bersama kenalan blogger yang turut hadir – Mas Angelina, Izzati Ghafur (kredit gambar ini dan beberapa gambar lagi) dan Yuyu Zulaikha. Sebelum majlis bermula.

Majlis Exclusive Galeri Ariani

Bersama Puan Isteri di majlis ini.

Lelongan Amal Galeri Ariani.

Pada majlis ini juga telah diadakan lelongan amal dimana hasil jualan yang diterima akan disalurkan kepada badan amal yang terlibat.

Beberapa koleksi tudung premium dari Galeri Ariani telah dilelong antara harga RM5,000 sehingga ada yang mencecah RM10,000. Dimana tudung ini merupakan satu-satunya tudung hasil rekaan Galeri Ariani di Malaysia (kemungkinan besar di dunia).

Siti Nurhaliza Collection by Galeri Ariani

Galeri Ariani - An Exclusive Preview

Pada kemuncak acara, terdapat kejutan istimewa dari pihak penganjur dimana ditampilkan penyanyi nombor 1 negara – Datuk Siti Nurhaliza.

Memang satu kejutan buat semua tetamu yang hadir.

Pada majlis tersebut, Datuk Siti Nurhaliza telah dilantik menjadi icon Ariani sekaligus menandatangani perjanjian dengan Ariani.

Kobolarasi bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Ariani ini adalah yang pertama di Malaysia melalui – Siti Nurhaliza Collection by Ariani dan dijangkakan berada di pasaran sehingga ramadhan, kemudian diikuti dengan jenama pakaian Siti Nurhaliza Ready-To-Wear by Jakel.

Untuk sebarang maklumat atau informasi terkini mengenai Galeri Ariani, anda boleh ikuti mereka di

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Responses to Fesyen Terkini Dari Galeri Ariani – Exclusive Preview 2014

  1. tudung dari koleksi ariani memang cantik bro…lagi teruja bila tengok ct pun pengguna ariani ni..

  2. akubiomed says:

    Bila pula pihak Jakel hendak kembangkan rangkaian pakaian untuk muslimin pula
    akubiomed recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta

  3. sukma says:

    Harganya boleh tahan…tunggu offer..

  4. zara says:

    Wah menarik nie..harus g galeri ariani..cucimate jew..

    Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge