Shafiqah Hashim
Tak sangka,

Rupa-rupanya aksi Bro dating bersama rakan blogger terakam dan disiarkan di TV. Selamat kami hanya prop yang duduk di belakang fokus utama kamera.

Kalau tidak,

Pasti korang perasan aksi kami berdua he..23x

Antara gambar yang sempat di screenshot oleh Asyikin Izas. Siap sempat dia mention kami tengah berdating dalam blog beliau.

Apa-apa pun kerana jasa baik Asyikin Izas, Bro dapat terlibat sama dalam telemovie ini. Siap ada kredit title lagi di penghujung ceritanya.