You are here
Home > Iklan > 32 Bakat Muda Malaysia Kutip Pengalaman Dari Kelab Bola Sepak Cardiff City

32 Bakat Muda Malaysia Kutip Pengalaman Dari Kelab Bola Sepak Cardiff City

1MCC - Astro Kem Bola
32 pemain muda yang berpotensi besar dalam sukan bola sepak telah menjalani latihan intensif di Cardiff, United Kingdom bermula dari 14 hingga 24 Mac 2014.

Pemilihan telah dibuat dibawah Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA dari kalangan pemain pelapis yang berumur antara 11 hingga 13 tahun untuk menjalani latihan profesional di bawah seliaan barisan jurulatih berpengalaman dari Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Sepanjang 10 hari mereka di sana, mereka telah menjalani latihan menyeluruh yang merangkumi latihan di atas padang, pengajian kepimpinan dalam bidang sukan serta lawatan ke sekolah dan stadium.

Selain itu, mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman terindah yang diperolehi di sana apabila mereka berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di antara dua kelab gergasi iaitu Cardiff City menentang Liverpool.

1MCC – Astro Kem BOLA

1MCC - Astro Kem Bola

1MCC – Astro Kem BOLA anjuran Astro Kasih dengan usahasama 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) Football Academy ini telah bermula dari tahun 2012 dengan tujuan untuk membuka peluang kepada bakat-bakat muda merasai pengalaman menjalani latihan bersama jurulatih professional dan memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa di samping terus membantu serta memupuk para pemain muda ini dalam meningkatkan kemahiran bola sepak mereka.

Proses pencarian bakat yang bermula dari bulan Ogos tahun lepas ini menyaksikan seramai 2,722 orang peserta mendaftarkan diri bagi menyertai kem pemilihan yang telah diadakan di enam lokasi seluruh Malaysia.

Setelah menjalani sesi pemilihan dan ujian yang ketat di kem latihan lanjutan, seramai 32 peserta lelaki dan perempuan terbaik berjaya melayakkan diri untuk menjalani latihan intensif selama 10 hari di Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Program latihan 1MCC – Astro Kem BOLA tahun ini turut menerima penyertaan seorang pelajar, Hellma Emily Joinin (12 tahun) dari SK Magandai iaitu sebuah sekolah luar bandar yang menerima bantuan dari Astro melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi projek Hostel Astro Kasih.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on “32 Bakat Muda Malaysia Kutip Pengalaman Dari Kelab Bola Sepak Cardiff City

Leave a Reply

Top