You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Tiada Jodoh, Tak Perlu Putus Hubungan

Tiada Jodoh, Tak Perlu Putus Hubungan

setelah 2 bulan berkahwin
Mungkin memang ditakdirkan, aku tiada jodoh dengan dia, dia, dia, dia…. (entah la, malas nak kira).

Walaupun hubungan perkenalan (tempoh menyemai cinta) agak lama berbanding dengan tempoh aku bersama isteriku yang hanya aku kenali dalam tempoh singkat.

Benda yang lama, usah dikenang.

Itu kata orang.

Tapi bagi aku, bukan “benda” yang aku kenang. Tetapi kenangan manis yang pernah ada antara aku dan dia. Dia sudah cuba yang terbaik, aku juga (mungkin la), cuma jodoh itu tiada.

Disini, bukan niat aku ingin menekan keyword “Jodoh” tetapi tentang hubungan.

Sepanjang aku menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita yang hadir dalam hidup aku (dengan lelaki, sampai kiamat pun aku tak nak). Keluarga dia dulu yang akan aku tawan.

Biar mereka kenali aku, seseorang yang mungkin sedang menyintai anaknya (cinta monyet je kot) atau seorang yang rapat dengan anaknya. Sekurang-kurangnya, apa-apa jadi pada anaknya, dorang tahu mana nak cari aku.

Anak dara orang tue…

Tapi tak semuanya berlaku seperti yang kita harapkan.

Aku tak rasa, mampu jadi yang terbaik untuk dirinya. Mungkin cara tarik tali, membuatkan aku rasa berputus asa. Mungkin juga aku ini, jenis cepat sedar diri dan tahu aku ini siapa jika nak dikacukkan dengan dirinya.

Ada diantara mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.

Ada juga yang masih tercari-cari.

Ada juga yang telah pergi.

Alfatihah….

Walaupun jodoh tiada, aku masih mencari kelapangan untuk bertegur sapa dengan mereka. Dengan adik beradik mahupun ibubapa mereka. Tak semestinya aku tiada apa-apa dengan dia, aku xboleh menjalinkan hubungan dengan ahli keluarganya.

Hidup kita didunia hanya seketika, elok kita eratkan hubungan sesama kita. Lagi-lagi hubungan persaudaraan sesama Islam.

Baru-baru ini,

Ada salah ibu kepada salah seorang mereka menghubungi.

Banyak benda yang disembangkan, digosip dan ehemmm ehemmm kan oleh kami. Dia masih anggap aku macam anaknya sendiri. Insya’lah ada rezeki saya dan keluarga akan bermalam disana.

Teringat lagi, waktu aku kena sergah dengan ibunya sebab tidur balik lepas Subuh. Semua ini kenangan…

Kepada sesiapa yang ada terasa atau terguris hati selama ini dengan tindakanku. Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Dulu mungkin aku tidak matang.

Bila ada anak sendiri, baru terasa apa yang mungkin mereka pernah terasa.

Aku masih manusia biasa, yang masih belajar membaiki diri sendiri. Berikan tunjuk ajar, dan bukannya caci maki mahupun menunding jari menyalahkan diriku.

Buat mak mertuaku,

Ada kelapangan, saya akan bawa anak dan cucu pulang ke Johor.

– The End –

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Tiada Jodoh, Tak Perlu Putus Hubungan

  1. memang betul …barang yang lepas jangan dikenang….tapi hubungan lama yang terputus di tengah jalan, kenangan bersama tu yang sukar untuk dilupuskan….bila terdengar lagu ‘sejiwa’ nyanyian kumpulan spring memang mengusik jiwa….apa dikenang jodoh tiada…..tetapi hubungan dengan keluarga sana memang terjalin…..

  2. putus hubungan dengan anak tak semestinya putus hubungan dengan keluarga kan…alhamdulillah oshin masih baik dengan keluarga si dia walau kami dah lama tak bertegur sapa πŸ˜€

  3. Bro silaturrahim yang terjalan kenapa mesti diputuskan lebih manis jika di teruskan, lebih elok mempunyai ramai kenalan dari punyai ramai musuh. Jodoh tu urusan Allah kita usaha tetapi tidak bersama itu kerja Allah…

    1. Kadangkala bukan sebab mereka tak boleh terima kenyataan. Bila bertembung atau bertegur, mula teringat sesuatu yang menyakitkan hati.

      Sebab itu elok berpisah cara baik…

  4. lelaki kasanova rupanya bro ni masa muda dulu..haha jangan marah bro yer…apapun sekarang bro dah berbahgia bersama isteri tercinta.tahniah dan semoga bro terus success dalam arena blogging dan apa jua bidang yang bro ceburi.

Leave a Reply

Top