April 19, 2024

Pengumuman : Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 – 8 March 2014


Sesuatu yang telah lama dinantikan oleh rakan blogger di Malaysia mahupun di Indonesia, Brunei dan Kemboja iaitu Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati.

Cuma kali ini, ianya dinamakan semula sebagai Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Ini kerana, pihak syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 akan diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Jika pada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 – Bro dijemput sebagai moderator untuk mini forum yang diadakan. Tahun ini, rasanya macam biasalah, tunggu jadi bidan terjun (tak berani nak janji awal-awal, risau nanti Bro dtg sensorang bawa baby – sebab wife koje, siapa tahu kan).

Atas pemintaan ramai penganjur akan membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain (menunggu maklumbalas) termasuk Bro Framestone (jika ada yang sudi nak dengar Bro membebel) yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.

Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014 #SBBYEOS2014.

Apa yang menarik tentang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 kali ini?

Gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s pada kali ini.

Wowwww…!!! Banyak dan berbaloi untuk anda menangi.

Untuk melayakkan menang berbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai belasan ribu ringgit peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20. Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Hanya RM20 sahaja.

Dengan RM20, selain layak untuk memenangi hadiah diatas,

Anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah peserta akan dihidangkankan dengan makanan yang enak dan juga akan mendapat berbagai hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain.

(termasuk namecard dari Bro – eh perlu ke? Memang perlu untuk anda keep in touch dengan Bro).

Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.

Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.

Minggu pertama : RM100 x 3
Minggu ke dua : RM80 x 5
Minggu ke tiga : RM50 x 5
Minggu ke empat : RM20 x5

Jika anda nak menang RM100, anda boleh daftar minggu ini. Jika anda nak menang RM20, anda boleh daftar pada minggu terakhir. Semuanya terletak ditangan anda.

Nak daftar? Anda boleh daftar di sini.

Pihak penganjur juga menyediakan Tapak Jualan kepada rakan blogger yang aktif berniaga secara online. Yuran penyertaan Tapak Jualan adalah RM100 dan tempat sangat terhad.

Siapa cepat dia yang dapat.

Kecuali jika anda suka buka tapak jualan bergerak (maaf, sale person dilarang menganggu perjalanan majlis ini – sila guna tapak niaga yang disediakan)

Kepada individu dan syarikat jangan lepaskan peluang untuk menjadi co-sponsor SBB2014 kerana produk anda akan mendapat pendedahan besar-besaran. Kepada yang berminat untuk mengetahui kelebihan menjadi co-sponsor sila rujuk Pakej Penaja.

Apa-apa pun jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

43 thoughts on “Pengumuman : Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 – 8 March 2014

  1. Siapa dah daftar memang untunglah korang.. Nak dapat hadiah best lagi jangan lupa join affiliate dan promote di blog, FB, Twitter dan Instagram masing2..

    Jumpa 8 Mac 2014 nanti..

  2. Alhamdulilah, seronok nih, boleh kenal satu sama lain bersama blogger dari pelbagai negera…insyaAllah Gojes Blogger Supermom & Baby nak turut serta satu group dari admin nanti…terima kasih uar-uarkan majlis sebaik mcm ini bro…good job!

    Umi Qi. :D

Leave a Reply to nabila biela Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *