17,170,601 total views, 452 views today

Rumah Idaman Di Nada Alam – Nature Resonance @ Pajam

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Nada Alam Mantin By Seri Pajam Development

Baru-baru ini,  puan isteri asik melihat katalog rumah untuk dijual. Mungkin, sudah tibanya masa untuk kami memiliki rumah sendiri. Persoalannya, dimana?

Maka bermulalah pencarian rumah idaman untuk kami sekeluarga dan selesa untuk anak kami membesar.

Dalam banyak-banyak rumah yang ditawarkan, kami tertarik dengan rumah yang terdapat di Nada Alam, Mantin, Negeri Sembilan.



Dekat je dengan susur keluar lebuhraya PLUS sebelah Nilai. Begitu juga dengan lebuhraya LEKAS. Secara tak langsung memendekkan masa perjalanan puan isteri ke tempat kerja di Cheras.

Nada Alam, Pajam

Sewaktu Bro datang tempoh hari, Fasa pertama perumahan di sini telah habis di jual. Begitu juga dengan Fasa kedua, bagi fasa ketiga tengah dibuka untuk jualan dalam masa terdekat.

Pembinaan disini diadakan secara berperingkat, dikawasan bukit. Maka boleh terasa tiupan angin menyapu muka sewaktu melihat rumah contoh yang disediakan disini. Kawasan keliling masih belum diterokai, bagaimanapun di Nada Alam masih mengekalkan konsep mesra alam.

Ianya seluas 160 ekar (freeholds) dan 13 ekar kawasan hijau.

Disini bakal didirikan masjid, sekolah dan dewan orang ramai. Begitu juga dengan taman rekriasi untuk anda beriadah bersama keluarga – Symphony Park dan Senses Park. Terdapat juga padang bola, gelangang badminton dan Taman Tasik.

Model Rumah Nada Alam.
Nada Alam, Pajam
Ruang parking berbumbung dimana sebelah atasnya dijadikan balkoni. Mampu memuatkan 2 kenderaan dalam satu masa.

JUga disediakan tempat untuk anda menanam pokok (walaupun rumah bukannya corner lot).

Nada Alam, Pajam
Bagi mereka yang mengambil rumah corner lot.

Kawasan halamannya agak luas untuk anda buat taman mini atau kolam renang/ikan.

Nada Alam, Pajam

Kesemua rumah disini dibina 2 tingkat.

Dengan 4 bilik termasuk 3 @ 4 bilik air. Lebih kurang satu bilik memiliki bilik air sendiri. Kecuali bilik disebelah bawa terpaksa berkongsi dengan bilik air dibawah.

Rupa Bentuk Dalaman Rumah Nada Alam

Nada Alam, Pajam

Terdapat ruang tamu yang selesa dan luas, begitu juga dengan ruang dapur.

Nada Alam, Pajam

Ruang makan juga disediakan diantara ruang tamu dengan ruang dapur.

Nada Alam, Pajam

Keluasan bilik tidur juga tidak mengecewakan.

Nada Alam, Pajam

Begitu juga dengan bilik tidur utama (master bedroom). Hanya bilik ini sahaja mempunyai access untuk ke balkoni pada tingkat dua.

Nada Alam, Pajam

Ditingkat dua juga mempunyai ruang tamunya tersendiri. terletak berdekatan dengan tangga dan juga access ke bilik tidur di tingkat ini.

Kemudahan dan Jarak Perjalanan dari Nada Alam

Terdapat banyak kemudahan yang anda boleh access berdekatan dengan Nada Alam dan jarak perjalanan agak singkat

  • KTM Komuter Batang Benar – 1 minit / 0.5 km
  • Lebuhraya LEKAS – 1 minit / 0.5 km
  • Klinik – 2 minit / 1 km
  • Lebuhraya PLUS (susur keluar Nilai) – 6 minit / 6 km
  • Kolej Tengku Ja’afar – 6 minit / 6 km
  • Staffiend Golf Club – 7 minit / 7 km
  • Tesco, Nilai – 13 minit / 8 km
  • Nilai Medical Centre – 13 minit / 8 km
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – 15 minit / 13 km
  • Nilai international School – 18 minit / 11 km
  • INTI International University – 20 minit / 13 km
  • Stesyen MRT Saujana Impian – 23 minit / 20 km
  • KLIA – 34 minit / 29 km
  • Putrajaya – 35 minit / 34 km
  • Kuala Lumpur – 45 minit / 50 km


Jika susah nak dapatkan gambaran, anda boleh lihat peta yang Bro sediakan diatas.

Nada Alam, Pajam
Sepanjang Bro berada disini, kami dilayan dan diberikan penerangan secara terperinci oleh Encik Mohammad Syafareez (En. Fareez) – dah janji nak tempek muka dia dekat blog Bro.

Harga rumah disini lebih kurang RM4++k dan keatas dan terdapat dalam 3 jenis – Rumah teres 2 tingkat, Semi-D 2 tingkat dan Banglo 2 tingkat.

Nada Alam merupakan salah satu projek dibawah Seri Pajam Development.

Jika anda berminat untuk melihat atau membeli rumah, anda boleh datang terus ke galeri mereka seperti pada alamat dibawah. Buka setiap hari termasuk hari cuti umum dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Nada Alam Gallery, Jalan Utama Nada Alam
Taman Nada Alam, 71700 Mantin,
Negeri Sembilan, Malaysia.

Koordinat GPS : 2.838600, 101.828688

Tel : 06 – 7997 228 | Fax : 06 – 7971 213
Email : nadaalam@seripajam.com.my
Website : www.nada-alam.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Rumah Idaman Di Nada Alam – Nature Resonance @ Pajam

  1. Cantiknya… Best la kalau ada balkoni. Boleh menikmati udara segar dan permandangan sambil minum kopi. Waaahh… RM400K tu kira okay la harganya. Dua tingkat kan, ada ruang lagi walaupun bukan corner lot. So bro rasa akan beli kah rumah di sana?

  2. Nilai dah makin naik harga..tapi still consider ok la tu..nanti lama2 harga jadi macam kat bangi. Kalau bro nak beli sana, dekat la kita ye. Ada event boleh tumpang. Hehehe.

  3. zuli

    Saya beli fasa 2 masa tahun 2013.. Tak sabar nk tunggu siap nanti..

  4. boleh tahan kan harga rumah kat sana?… kuantan pun dah makin mahal..lebih elok beli sebelum harga makin melambung-lambung..

  5. InsyaAllah..semoga segalanya dipermudahkan

  6. Nada alam ni saya pernah gi kat main entrance tapi masa tu tak dibuka utk jualan lagi…..ok juga dkt tol jln utama.

Leave a Comment