Pengalaman Clear Cheque Di Lima Bank Berbeza

Pengalaman Clear Cheque Di Lima Bank Berbeza

Maybank Cheque
Hari ini merupakan pengalaman pertama clearkan cheque aka cek di 5 bank yang berbeza. Lokasi kelima-lima bank ini adalah sekitar Kelana Jaya.

Parking kereta satu tempat, bayar parking 60sen sejam. Kemudian pergi kesetiap bank dengan berjalan kaki. Terpaksa, sebab ini semua duit orang.

Penat, tapi bagus untuk kesihatan orang yang kerjanya dok hadap laptop pagi petang siang malam. Masa tidur je TV yang hadap Bro he..23x

Antara Bank yang Bro lawat pagi ini – Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, Bank Rakyat dan BSN (Random list)


Ok, Bro nak ceritakan serba sedikit pengalaman Bro sewaktu berurusan dengan 5 bank ini :-

  1. Bank Pertama – Ada mesin deposit cheque, malangnya nak deposit kena guna cara manual. Ambil borang deposit cek, isi apa yang perlu. Kemudian masukan cek dalam sampul yang disediakan dan masukan kedalam mesin deposit cheque.
  2. Bank Kedua – Ada 2 jenis mesin deposit cheque, pertama dia mintak masukan terus cek ke dalam mesin. Bro tak berani, takut ada tersalah apa-apa pada cek tersebut. Tak tahu dia keluarkan semula atau telan. Maka guna mesin yang biasa bro gunakan. Key-in detail seperti no akaun dan nilai pada cek. Agak slow juga mesin ini, lagging macam guna Android Phone yang Bro guna sekarang. Sian tengok orang yang beratur panjang dekat belakang Bro sebab tak berani nak guna mesin lagi satu.
  3. Bank Ketiga – Tak ramai orang, Bro gunakan mesin yang biasa Bro gunakan. Kelajuan dan kepantasannya amat memuaskan. Macam guna iPhone5 la pula.
  4. Bank Keempat – Tak jumpa mesin deposit cheque, pergi ke kaunter pertanyaan (tak pasti yang jaga pegawai bank ataupun pegawai keselamatan) tanya dia. Rupanya kena buat secara manual juga – isi borang sama macam bank pertama. Cuma bezanya, sampul yang berisi cek tadi perlu dimasukan dalam kotak yang disediakan. Kalau kena rompak, senang je nak angkat kotak itu pergi lari.
  5. Bank Kelima – Masuk je, tak nampak langsung mesin deposit cheque. Ok lagi, dekat tempat borang, tak nampak pula borang untuk deposit cek. Semuanya borang untuk pengeluaran tunai (ramai orang keluar duit je ke dekat bank ini?) Cari kaunter pertanyaan, tak nampak pula. So terus ke kaunter depan tanya akak yang jaga dekat kaunter itu. Dia cakap cek kena deposit dekat kaunter, tetapi kena ambil nombor dulu. Lama juga menunggu walaupun tak ramai orang. Nombor yang dia panggil pun, tiada yang ke depan. Dah blah dah kot he..23x

Banyak perbezaan yang Bro nampak kepada kelima-lima bank ini.

Patutlah ada bank menjadi kesukaan ramai dan ramai pelanggan selesa berurusan di bank tersebut. Rasanya kualiti perkhidmatan perlu diselarasan dan pihak kerajaan perlu pantau perkara ini (nampak macam karangan budak UPSR kan, tapi gua memang tengah serius).

Bicara Bro : Berurusan di CIMB tadi, masih boleh deposit cek menggunakan no akaun lama – No Akaun Baru CIMB Bank.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. so kenapa tak nak sebut nama bank yang baik dan tak baik bro…?
    saya guna Maybank…ada 2 kaedah masukkan cek, even drop in cek @ kein detail cek dan masukkan cek tu…

  2. Pada saya, bank2 ni peniaga..masalah intergriti or kualiti ni memang sesuatu yg sgt subjektif. So, pilihlah bank2 yg sgt memuaskan hati kita buat apa nak berurusan dgn bank yg tak utamakan pelanggan kecuali sebab terpaksa,hahahaa..sabar je la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *