March 29, 2024

Kebab Turki Baba Rafi Di Malaysia

Kebab Turki Baba Rafi
Bro merupakan salah seorang peminat kebab. Malangnya susah nak jumpa kebab yang betul-betul mempunyai citarasa dari timur tengah. Kecuali di kedai kebab yang dimiliki oleh rakyat dari sana.

Rasanya juga berbeza dengan kebab yang biasa kita temui di tepi jalan mahupun di pasar malam.

Mungkin kebab yang biasa kita temui diubahsuai untuk citarasa rakyat Malaysia kot. Lagipun banyak pelancong yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan syurga makanan.

Semua makanan seluruh dunia boleh ditemui di sini.

Kebab Turki Baba Rafi

Ada berita baik buat peminat kebab di Malaysia.

Salah satu kebab yang popular di Indonesia – Kebab Turki Baba Rafi telah memperluaskan peniagaannya di serantau Asia termasuk Malaysia dan Filipina.

Dengar cerita bakal memperluangkan empayar perniagaannya ke China, Rusia dan Sri Langka.

Kebab Turki Baba Rafi

Diasaskan pada tahun 2003 dan sekarang memiliki 1030 cawangan disekitar Indonesia dan 20 cawangan di Malaysia. Antara cawangan yang sedia ada di Malaysia :-

  • Summit USJ
  • Kasturi Walk, Central Market
  • The Mines Shopping Mall
  • Tesco Mutiara Damansara (lokasi yang Bro pergi)
  • INTI College, Nilai
  • Tesco Stadium Shah Alam, Seksyen 13
  • Dewan Siswa Perdana, Universiti Malaya
  • KB Mall, Kota Bahru
  • Plaza Low Yat
  • Hotel Lanai Bangi
  • Plaza GM Klang
  • AEON Food Court, One Utama
  • Telawi 4, Bangsar Baru
  • Wangsa Walk
  • Kementerian Belia dan Sukan, Presint 2, Putrajaya
  • Tesco Kampar, Perak
  • Tesco Rawang
  • Giant Stadium Shah Alam, Seksyen 13
  • Bandar Sri Damansara
  • Bangi Gateway
  • Kota Damansara
  • Cheras Sentral
  • The Curve, Mutiara Damansara
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya

Menu Kebab Turki Baba Rafi Di Malaysia
Antara menu yang sedia ada di setiap cawangan Kebab Turki Baba Rafi di Malaysia.

Pilihan Bro semestinya kebab ayam.

Gambar penyediaan Kebab Turki Baba Rafi

Kebab Turki Baba Rafi

Daging kebab yang disalai, akan dihiris nipis kemudian di goreng diatas kuali sebelum dibalut dengan roti bersama bahan-bahan yang lain.

Nampak tak berapa banyak isi kebab disediakan sebelum ianya di balut?

Kebab Turki Baba Rafi

Kemudian ianya akan dipanaskan kembali diatas kuali sebelum dimasukan dalam bungkusan direka khas untuk Kebab Turki Baba Rafi.

Siap bungkusan ini didaftarkan sebagai “Intellectual Properties” Kebab Turki Baba Rafi. Maka orang lain tak boleh meniru bungkusan ini jika tak nak disaman.

Bagaimana cara nak makan Kebab Turki Baba Rafi?

Senang je nak makan Kebab Turki Baba Rafi. Memang bungkusnya memudahkan anda menikmati keenakan Kebab Turki Baba Rafi tanpa perlu risau tangan anda kotor atau susah untuk menikmatinya.

Kebab Turki Baba Rafi

Itu je panduan bergambar (model tangan – blogger Deq Noor).

Anda boleh nampak perkataan “Open Here” yang membawa maksud, anda perlu membuka bungkusan Kebab Turki Baba Rafi di sini.

Kebab Turki Baba Rafi

Kemudian cari “Pull Up”

Kebab Turki Baba Rafi

Tarik ia sehingga kebab anda keluar dari bungkusan.

Jangan tarik sampai habis. Tarik ikut berapa banyak kebab yang anda ingin keluarkan dari bungkusannya untuk dimakan.

Kebab Turki Baba Rafi

Kemudian selak kertas yang meliputi kebab tersebut.

Kebab Turki Baba Rafi

Apa tunggu lagi,

Makan la… Dan menikmati Kebab Turki Baba Rafi tanpa perlu risau tangan anda kotor.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman-laman di bawa. Bagi mereka ingin berminat untuk memiliki cawangan Kebab Turki Baba Rafi, jangan lepaskan perluang dengan menghubungi mereka.

Facebook: www.facebook.com/babarafimalaysia
Website (Malaysia): www.babarafi.com.my
Website (International): www.babarafi.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Kebab Turki Baba Rafi Di Malaysia

  1. Memang sedap kebab dia. Saya dah rasa kebab ayam tambah cheese..memang mantap…masa tu on the way balik kampung…lepas park kereta kat floor 4 TBS, terus masuk and nampak kedai ni..apalagi…telan la…huhu…boleh pergi sana everytime nak balik kampung la.

Leave a Reply to zumal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *