April 19, 2024

Huawei Hadiahkan Mercedes-Benz E200 Kepada Pemenang Bertuah

Huawei Mercedes Benz E200

Huawei telah menghadiahkan 2 biji kereta Mercedes-Benz E200 yang bernilai RM 366,888 (USD 100,000) kepada 2 pemenang bertuah mereka.

Hadiah ini diberikan kepada pemenang semperna pertandingan ‘Unlock Possibilities’ yang berlangsung di Facebook Huawei Device pada bulan Disember tahun lepas.

Tiba-tiba rasa menyesal pula tak join pertandingan ini.

Huawei Mercedes Benz E200

Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ membawa peminat mereka difacebook seluruh dunia untuk bermain permainan online dan menjalinkan hubungan untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk 2 kereta Mercedes-Benz.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat dengan 3.8 juta penyertaan dari 32 negara.

Yang menarik, kedua-dua pemenang utamanya berasal dari Malaysia.

Huawei Mercedes Benz E200

Vincent Tay Boon Seng, 30, dari Seremban dan Lim Hoe Lee, 50, dari Kuala Lumpur pada majlis penyampaian hadiah Mercedes-Benz E200, RM366,888 setiap satu.

Sebanyak 60,000hadiah pakej tambahan diberikan kepada para peserta pertandingan ‘Unlock Possibilities’ Huawei di seluruh dunia. Termasuk telefon pintar Huawei Ascend P6.

Untuk maklumat lanjut tentang Huawei Device di Malaysia, layari www.facebook.com/HuaweiDeviceMy

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Huawei Hadiahkan Mercedes-Benz E200 Kepada Pemenang Bertuah

Leave a Reply to Tengku Syukri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *