17,159,735 total views, 301 views today

Huawei Hadiahkan Mercedes-Benz E200 Kepada Pemenang Bertuah

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Huawei Mercedes Benz E200

Huawei telah menghadiahkan 2 biji kereta Mercedes-Benz E200 yang bernilai RM 366,888 (USD 100,000) kepada 2 pemenang bertuah mereka.

Hadiah ini diberikan kepada pemenang semperna pertandingan ‘Unlock Possibilities’ yang berlangsung di Facebook Huawei Device pada bulan Disember tahun lepas.

Tiba-tiba rasa menyesal pula tak join pertandingan ini.

Huawei Mercedes Benz E200

Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ membawa peminat mereka difacebook seluruh dunia untuk bermain permainan online dan menjalinkan hubungan untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk 2 kereta Mercedes-Benz.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat dengan 3.8 juta penyertaan dari 32 negara.

Yang menarik, kedua-dua pemenang utamanya berasal dari Malaysia.

Huawei Mercedes Benz E200

Vincent Tay Boon Seng, 30, dari Seremban dan Lim Hoe Lee, 50, dari Kuala Lumpur pada majlis penyampaian hadiah Mercedes-Benz E200, RM366,888 setiap satu.

Sebanyak 60,000hadiah pakej tambahan diberikan kepada para peserta pertandingan ‘Unlock Possibilities’ Huawei di seluruh dunia. Termasuk telefon pintar Huawei Ascend P6.

Untuk maklumat lanjut tentang Huawei Device di Malaysia, layari www.facebook.com/HuaweiDeviceMy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Huawei Hadiahkan Mercedes-Benz E200 Kepada Pemenang Bertuah

    1. Susah juga nak menang. Tapi kalau menang tue, rezeki namanya.

  1. tu dia perut ko…ahaha..mantap seh..

    1. perut dulu yang mu nampak ek… mantapkan he…23x

  2. perghhh…
    mmg tuah sungguh nie..
    bukan snang nk dapat tuah cmnie.
    dpt tgk je lar..

    1. Lepas nie xboleh lepaskan perluang untuk menang contest macam nie lagi…

  3. perghhh hadiah giler bai..mewah sial…bro perut tu dah brapa bulan dah bro..haha

    1. Hang jeles ke? dengan perut ini la ramai awek menyedari kewujudan bro tau.. dari jauh je dah tau yang itu adalah “bro”

  4. Betuah badan dpt 300k tuh..

    1. Jual kereta ini boleh kahwin lagi, lagi n lagi

  5. Sayangnya sudah lama terlepas.

    Kalaulah tahu awal-awal, dah lama kami masuk!

    1. Kita sama-sama terlepas… Next time kena rebut perluang ini…

  6. wow…mesti peserta gigih ni kan…sapa sangka dua2 pemenang dari Malaysia…free2 jer dapat kereta…

  7. pergghh..kalau ler dapat memang rezeki ….

  8. Kalau dapat memang akan juay. 🙂

    p/s: sejak bila komen bro ada belajar ilmu hisab. 😛

Leave a Comment