You are here
Home > Contest > Gaya Hidup Sihat Bermula Dari Yeo’s

17,290,376 total views, 291 views today

Gaya Hidup Sihat Bermula Dari Yeo’s

Yeo's Pilihan Kami
Baru pulang dari jogging dikawasan kejiranan.

Terpancar kepenatan pada wajah walaupun tak pasti berjogging ataupun berjalan. Asalkan dapat menikmati udara nyaman waktu pagi dan ada aktiviti yang sihat dilakukan diluar rumah.

Penat-penat jogging (eh berjalan) perkena Teh Ais Limau dari Yeo’s. Favorite Bro terutama bila kepenatan.

Boleh tak bro katakan gaya hidup sihat Bro dan keluarga, semuanya bermula dari Yeo’s

Bro amat pentingkan kesihatan keluarga, maka produk Yeo’s menjadi pilihan Bro dan Puan Isteri. Pada mulanya Bro sendiri pun tak perasan selama ini keluarga Bro banyak menggunakan Produk Yeo’s.

Yeo's Pilihan Kami

Antara produk Yeo’s yang boleh dijumpai dalam peti ais Bro.

Air Tin Yeo’s dan Yeo’s Justea hak milik Puan Isteri. Kalau teringin nak minum memang kena mintak izin dari beliau. Nanti dia membebel, siapa yang susah.

Taucu aka “Kacang Soya Bergaram” (macam pelik je bunyinya) antara produk Yeo’s yang perlu ada. Favorite Bro bila isteri masak gulai taucu.

Terdapat juga makanan dalam tin seperti Kari Ayam dan Sambal Ikan Bilis. Hidangan Bro sewaktu tengah malas memasak.

Yeo's Pilihan Kami

Memang sedap jika dimakan bersama roti canai segera.

Masak sendiri roti canai lebih bagus dari roti canai di kedai. Kurang sikit minyak berbanding diluar dan duit poket dapat disimpan.

Yeo's Pilihan Kami

Kicap Soya Pekat Yeo’s menjadi peneman setia kita makan. Ada orang kurang berselera makan jika tiada kicap (Bro salah seorang). Walaupun hidangan sedap, tanpa kicap rasa macam kurang kick la pula.

Sambil makan, sambil menikmati air kotak Yeo’s sekiranya Bro ingin rasa minuman manis selain air masak.

Yeo's Pilihan Kami

Antara koleksi air kotak yang ada dalam peti ais rumah Bro.

Maaf koleksi tak banyak sebab peti ais kecil. Jika besar, mahu berkarton Bro borong dari kedai. Selalunya jangka hayat air kotak ini tak lama. Tau-tau je dah habis.

Jangan risau, untuk keluarga Bro.

Bro sanggup ke kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan stock air kotak Yeo’s.

Yeo's Pilihan Kami

Sewaktu Puan Isteri mengandung, air kacang soya Yeo’s ini menjadi peneman beliau.

Bro ada berikan susu untuk ibu mengandung. Malangnya sewaktu minum, puan Isteri asik rasa nak muntah. Mungkin sebab baby “Fisha” waktu dalam kandungan lebih mengemari air kacang soya Yeo’s.

Bro memang akan sediakan breakfast untuk Puan Isteri tiap kali beliau berkerja shif pagi ataupun baru pulang dari shif malam. Untuk itu, Bro perlu sediakan Air Kacang Soya Yeo’s sentiasa ada (walaupun kadangkala, Bro yang habiskan).

Yeo's Pilihan Kami

Justea peneman Bro sewaktu bekerja.

Jangan bagitau Puan Isteri Bro pasal Bro curi air tin Justea beliau. Shhhhhhhhhhhhhh

yeos-minicontest-468x60

Yeo’s – Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad menjadi penaja rasmi Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 yang akan diadakan di Saloma Bistro pada 8 Mac 2014.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jumpa nanti sewaktu Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “Gaya Hidup Sihat Bermula Dari Yeo’s

Leave a Reply

Top