17,159,630 total views, 196 views today

Aktiviti Hujung Minggu – Tebang Pokok Depan Rumah

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Aktiviti Hujung Minggu
Aktiviti hujung minggu bila pulang ke Perak kali ini.

Terpaksa melihat aktiviti menebang pokok-pokok yang tumbuh di depan rumah. Untuk memberi peluang kepada projek atas nama kerajaan untuk kepentingan sesetenggah pihak.

Gua bukan anti kerajaan.

Tapi gua tak tahan gelak bila ada orang “berkepentingan” bajet penting sambil usrah depan gua. Bila gua tanya, awak projek sampai had nie je.

Dia boleh cakap, bajet xde.

He…23x gua tumpang gelak je dalam hati sambil nampak kepucatan diwajahnya. Tak pe encik, saya dah lama xde kaitan dengan kerajaan. Jangan la cuak ek. Kalau ada masuk poket tue, fikir2lah halal haramnya ek.

Aktiviti Hujung Minggu

Gambar sebelum pokok-pokok ditebang.

Eh, nampak sangat tipunya kan… Tue pokok Gajus telah selamat ditebang, termasuk pokok buah Nona.

Aktiviti Hujung Minggu

Gambar selepas pokok-pokok ditebang.

Pokok yang ditanam oleh arwah nenek gua, yakni sebelum gua lahir (pokok kelapa je kot) telah ditebang. Banyak kenangan gua dengan pokok kelapa itu.

Dulu,

Zaman gua menganggur time cuti sekolah, pokok ini banyak memberi rezeki kepada gua.

Nak harapkan duit dari mak bapak memang tak dapat la, lagi-lagi time cuti sekolah.

Tak lupa juga kepada pokok rambutan depan rumah gua (tiada dalam gambar – nanti upload, itu pun dah selamat ditebang).

Setakat jatuh pokok itu dah biasa dah. Tapi paling gua ingat, bila kena ikat dekat pokok rambutan tue, siap ada kerengga lagi sampai la ke maghrib.

Kalau sembang pasal buahnya pula.

Buah ini la yang gua gunakan as hantaran untuk bertunang dulu. 2x pula tue. Jika bertunang untuk kali ke-3 nanti. Memang tak merasa buah rambutan ini.

Gua pernah bawa 2 karung guni rambutan nie ke asrama gua.

Belum lagi ke Kuala Lumpur (time gua belajar)

Bawa ke ofis (time gua koje gomen dulu)

Bagi orang makan masa majlis kahwin gua. Dan tak lupa juga rakan-rakan blogger yang datang curi rambutan nie time orang lain dok bergambar dengan gua atas pelamin.

Memang banyak kenangan…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Aktiviti Hujung Minggu – Tebang Pokok Depan Rumah

  1. Seronok bila baca kenangan bro bersama pokok rambutan semasa muda2 dulu… Memang rasa sayang apabila sesuatu yang mempunyai kenangan hilang di depan mata…

    1. Memang banyak kenangannya… Kalau masa kenduri tempoh hari mu jumpa rumah bro.. dapat gak menikmati rambutan depan rumah nie

  2. klau ada poko sejuk la sikit tatkala musim panas yang memanjang kini.

    1. Memang panas… berpuluh-puluh tahun sejak tempat ini dibuka pada awal 60-an xpernah pokok dekat depan rumah ini dipotong… Sekali potong, habis rumah kepanasan dibuatnya

    1. terlalu banyak kenangan… Adik bro masih lagi belek2 video waktu pokok ditebang…

  3. Sudah tak ada pokok agak panas sikit.

    1. Bukan sikit.. banyak gak la panasnya…

  4. Nostalgia. Owh baru tahu bro dulu kerja sektor gomen. Katna?

    1. Ada la… he..23x biarkan rahsia….

  5. di tebang? alahai kesiannya…dah la msim panas..x kan tebang plak kot…

    1. Nak buat macam mane.. terpaksa bagi laluan kepada projek kerajaan atau orang yang syok nak habiskan bajet kerajaan…

    1. Yup tebang pokok.. tp bukan bro yang tebangkan…

  6. Pokok yg ditanam dari nenek moyang kita, ditebang….sayang sekali…demi mengajar kemajuan….

  7. Dulu masa saya kerja di kampung selalu jugak menebang…
    Buat kerja-kerja kampung…anak petani la katakan,hehehe

Leave a Comment