You are here
Home > Bersama BroFramestone > 30 Hari Bergelar Ibubapa : Blogger Rabiatul Adawiyah Dan Suami

30 Hari Bergelar Ibubapa : Blogger Rabiatul Adawiyah Dan Suami

Blogger Rabiatul Adawiyah dan suami Saiful Naim
Akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk bertemu dengan blogger yang baru bergelar ibu berusia 30 hari iaitu Ruby aka Rabiatul Adawiyah dan juga suaminya.

Sebulan yang lepas, terkejut bila beliau ditahan wad dan dinyatakan akan beranak pada bila-bila masa.

Malangnya waktu itu Bro berada di Johor.

Walau bagaimanapun, berita yang disampaikan oleh suaminya mampu membuatkan Bro dan isteri berasa bersyukur. Alhamdulillah, Ibu dan bayi, dua-duanya selamat.

Atas kesibukan Bro dan Puan Isteri, kami tidak dapat meluangkan masa melawat baby dan kedua-dua ibubapa baru ini.

Mungkin rezeki Bro hari ini dapat pula berjumpa dengan mereka bertiga.

Lena je baby mereka. Malangnya Bro tak dapat nak kongsikan gambar baby mereka kepada umum. Seronok berbual dengan mereka berdua tentang pengalaman sewaktu nak bergelar ibubapa.

Buatkan Bro teringat pengalaman Bro dulu…

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “30 Hari Bergelar Ibubapa : Blogger Rabiatul Adawiyah Dan Suami

Leave a Reply

Top