March 29, 2024

Tip Naikkan Trafik Blog 2014!

Lasertag blogger hangout

Tip tingkatkan trafik bloh bagi tahun 2014.

Rasanya ramai je yang mempunyai cara dan pandangan sendiri bagaimana nak naikan atau pertingkatkan trafik blog mereka.

Disini, Bro ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai oleh setengah pihak (dan mungkin ada yang langsung korang tak boleh pakai) :-

  1. Blog sentiasa diupdate (jangan mood ke laut memanjang)
  2. Tulis sesuatu yang seronok dibaca dan orang nak baca.
  3. Tulis sesuatu yang memberi manfaat
  4. Hasil penulisan anda sendiri (jangan nak copy paste je)
  5. Jangan terlalu kejar SEO, hari ini 10k trafik, esok lusa 10 orang je.
  6. Promote blog anda di facebook, twitter atau laman ping.
  7. Sentiasa meninggalkan komen di blog-blog yang berpengaruh.
  8. Kenali blogger lain (bukan melalui facebook, tetapi amik masa untuk hang out sesama)
  9. Niat buat blog biarlah baik. Bukan nak kejar trafik he..23x (sentap x u’oll)
  10. Jangan pening dengan trafik blog :)

Ok, cukup 10 tip merapu dari Bro.

Jika anda nak brandingkan blog anda, pilih domain yang sesuai dan boleh menjenamakan blog dan diri anda. Jangan pilih domain -> BroFramestone.com <- bukan ada orang kenal pun siapa dia.

Namecard Bro Framestone

Cara lain nak orang kenali kita, mesti ada name card sendiri.

Sesuai bagi blogger yang selalu berjumpa orang. Tak sesuai bagi orang yang duduk depan komputer dan tak berjumpa orang.

Nak lagi best, moh join segmen anjuran Mak Dara Terdiva – Jom Naikkan Trafik Blog 2014.

Tak susah pun nak join. Ikut je arahan yang diberikan.

Paling penting, lawati juga blog rakan-rakan blogger yang menyertai segmen ini.

Syarat paling payah nak ditunaikan adalah menceritakan serba sedikit pasal blog sendiri. Adeh.

Blog Bro Framestone bermula pada tahun 2009 setelah 3 tahun terlibat dalam dunia blog. Tiada apa-apa yang istimewa tentang owner dan blog ini.

Header Bro Framestone

Tahun lepas, blog ini menerima lebih 900k uv (wow banyak tue). Kira purata dalam 70-80k sebulan.

Ownernya rajin bebeno update blog hampir setiap hari menggunakan iPhone5. Dan kebanyakan gambar diambil menggunakan iPhone5 juga.

Diharap rakan-rakan yang terlajak perahu ke blog ini sudi add/follow Bro di :-

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

60 thoughts on “Tip Naikkan Trafik Blog 2014!

  1. waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. adakah daku bermimpi di tengah hari rembang ini… oh terharuuuuuuuuuuuu betul akak tauuuu Bro sudi join!!! tenkiuu tenkiuu tenkiuuu appreciate sangat sangat.. Thorbaekkkkk! hehehe

  2. Banyak akaun media sosial yang bro ada.. Patutlah boleh dapat banyak trafik… Terima kasih di atas perkongsian info… Dalam senarai di atas, saya hanya ada dua akaun media sosial sahaja iaitu Facebook dan Google+.. Patutlah tak dapat banyak trafik… he… 23X

  3. Assalammualaikum,datang dr SEGMEN MAK DARA! singgah dan follow sini.moga perkenalan ini boleh mengeratkan lg ukhwah kita sesama blogger.Amin.

  4. hai,

    memang bagus tip2 yg diberikan tp kadang2 nak melaksanakan tu lah tp nak seribu daya kan

    singgah di sini dari segmen Mak Dara

    terima kasih berkongsi tip2 tersebut

  5. salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
    Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

    Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye :D

Leave a Reply to phat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *