April 25, 2024

Tip Dan Panduan Untuk Selfie

Teknik Selfie
Amboi korang, bab selfie laju je datang baca.

Ok disini, Bro ingin kongsikan tip dan panduan mudah untuk anda selfie. Tetapi apa itu selfie?

“A selfie is a type of self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often associated with social networking.”

Ambil engkau… Itu apa yang Bro jumpa di Wikipedia.

Untuk Wikipakhang pula berbunyi begini

“Selfie adalah aktiviti mengambil gambar potret diri sendiri, biasanya diambil dengan kamera digital atau kamera telefon. Selfies sering dikaitkan dengan rangkaian media sosial.”

Tip Dan Panduan Untuk Selfie

  1. Pastikan tangan yang memegang telefon berada dalam keadaan stabil . Bagi keselesaan , pastikan posisi tangan tidak terlalu menegak. (45 darjah antara badan dan telefon)
  2. Lakukan “duckface” yang comel (jika perlu)
  3. Pastikan foto yang dirakam dalam pencahayan yang cukup (kalau gelap, risau ada yang kena cerai – sarkastik)
  4. Pastikan butang rakam mudah diakses (guna ‘timer’ jika ada – bagi newbies)
  5. Elakkan gambar tangan terlalu menyerlah dalam gambar.
  6. Pastikan motif anda terlebih dulu sebelum ber’selfie’

Selamat mencuba.

Ajaran sesat ini dibawa kepada anda oleh Bro Framestone.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Tip Dan Panduan Untuk Selfie

  1. oooo ini yg dinamakan selfie..baru tahu..dpt ilmu kat sini
    wah..sambil mkn sambil snap gambo
    yg penting ada muka kita kat situ..haha…misi berjaya

Leave a Reply to Phyllicia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *