April 25, 2024

Robert Kuok : Rakyat Malaysia Terkaya Di Dunia 2013

Tan Sri Robert KuokTan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$16.7 bilion (RM54 bilion) bagi tahun 2013.

Keputusan ini diperolehi mengikut Indeks 300 Bilionair oleh Bloomberg.

Beliau berada di tempat ke-50 daripada senarai 300 bilionair dunia sehingga akhir tahun 2013.

Bagaimanapun, nilai kekayaan beliau merosot daripada AS$17.9 (RM58 bilion) begitu juga dengan kedudukan ke-41 yang direkodkan pada Januari 2013.

Rakyat Malaysia kedua terkaya ialah pemilik Maxis dan Astro, Tan Sri Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan AS$8.8 bilion (RM28.6 bilion) dan berada di kedudukan 140 dunia.

Rakyat Malaysia ketiga pula adalah Tan Sri Lim Kok Thay, iaitu anak kepada pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan AS$7.5 bilion (RM24.3 bilion) dan berada di tempat ke-173.

Rakyat Malaysia yang terakhir berada dalam kelompok 300 ialah, Pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$6.9 bilion (RM22.4 bilion) untuk berada di kedudukan 193.

Iklan Sekejab

Kepada rakan yang bernama “Wan”. Korang wajib baca ini:-

“Nak panggil awak apa ni?”
“Panggil je Wan.”

“Nama penuh apa ye?”
“Jutawan.” #LawakOrangKaya

Bicara Bro : Bila la nak nampak bangsa kita dalam kelompok ini?

Susah nak nampak bangsa kita nak naik kalau bangsa sendiri yang tabur fitnah, santau dan sebagainya pada bangsanya sendiri.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Robert Kuok : Rakyat Malaysia Terkaya Di Dunia 2013

  1. Raja Gula ternyata dapat membanggakan rakyat Malaysia dengan kekayaan yang diperolehi… Diharap beliau dapat memberikan sedikit kekayaannya kepada rakyat Malysia dengan cara menurunkan harga gula di pasaran dengan cara menampung harga kenaikan gula dengan menggunakan kekayaan yang dimiliki…

Leave a Reply to mohdazahar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *