Khairy Jamaluddin FIFA World Cup

Akhirnya trofi Piala Dunia FIFA tiba juga di Malaysia sempena Kempen Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2013/14 yang dibawakan oleh Coca Cola.

Bro salah seorang antara yang terawal dapat melihat sendiri troli yang menjadi kegilaan negara besar bola yang bakal berentap di Brazil pertengahan tahun ini. Trofi ini selamat tiba di perkarangan Sri Pentas untuk majlis pelancaran kempen Riuh Di Brazil.

Ianya disempurnakan oleh Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Turut hadir pada majlis ini adalah Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima; Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan pengurusan kanan Media Prima.

Siri jelajah ini telah bermula pada 12 September 2013 di Rio de Janeiro, Brazil. Ianya akan melawat 88 bandaraya di seluruh dunia dan tamat pada bulan Jun kelak di Brazil.

Nana Media Prima

Bicara Bro : Ramai pula yang bergambar dengan Trofi Piala Dunia FIFA. Bro pula bergambar dengan salah seorang kenalan yang kerja di Media Prima.

Thank Nana :)