Akhirnya trofi Piala Dunia FIFA tiba juga di Malaysia sempena Kempen Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2013/14 yang dibawakan oleh Coca Cola.
Bro salah seorang antara yang terawal dapat melihat sendiri troli yang menjadi kegilaan negara besar bola yang bakal berentap di Brazil pertengahan tahun ini. Trofi ini selamat tiba di perkarangan Sri Pentas untuk majlis pelancaran kempen Riuh Di Brazil.
Ianya disempurnakan oleh Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.
Turut hadir pada majlis ini adalah Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima; Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan pengurusan kanan Media Prima.
Siri jelajah ini telah bermula pada 12 September 2013 di Rio de Janeiro, Brazil. Ianya akan melawat 88 bandaraya di seluruh dunia dan tamat pada bulan Jun kelak di Brazil.
Bicara Bro : Ramai pula yang bergambar dengan Trofi Piala Dunia FIFA. Bro pula bergambar dengan salah seorang kenalan yang kerja di Media Prima.
Thank Nana :)
Piala dunia dah sampai Malaysia… Malaysia plak bila nak sampai ke piala dunia.. Sedih…
Tunggu bila Mutu pengurusan bola sepak kita tahap antarabangsa. Ini tidak, pemain banyak dikawal oleh persatuan negeri.
Politik bola sepak yang kurang sihat.
tu la pasal bro.. Kalau cakap pasal pengurusan nie penyokong bola sepak dah give up dah… tetap pengurusan x berubah..
Ubah pengurusan pun tetap benda yang sama juga terjadi.
cara senang, biar pengurusan diuruskan oleh orang yang memang fokus pada bola sepak.
Tengok macam kes Tony Fernandes – Walaupun busy dengan main business (AirAsia) dia tetap boleh fokus pada f1 siap dilantik jadi penaung kepada pasukan racing Caterham
Piala Dunia akan kembali lagi. . Dekat Brazil pula tu.. X sabar nak melihat aksi pasukan kesayangan saya dalam Piala dunia edisi kali ini. . Harap2 pasukan kesayangan saya boleh julang piala dunia. .
Ps: bro pergi ke sana bukan nak bergambar dengan piala dunia, tapi nak bergambar dengan cewek ya.. hehehe.
cewek ini member, datang media prima sure cari member2 yang rapat. Tanpa dorang, rasa macam tak best pulak datang sini he..23x
Sesambil tue, mengayat la juga kan.
Piala Dunia makin hampir….tidur bola, minum bola, makan bola, hidup coca-cola…..
He..23x bro tidur dulu la… Tidur lagi nikmat he…23x
Belum berpeluang untuk melihat secara dekat piala dunia yang berprestij ini
Bro pun gagal nak tengok secara dekat. Ramai sgt orangnya
Confuse mana nak tengok… Piala Dunia FIFA ke awek Media Prima? Waduh! Ini kes berat. Hehe…
Hepp awek Media Prima ini bro yang punya he..23x