March 29, 2024

Kisah Nur Damia Irsalina Daeng Malis Mendapat Perhatian Ramai

Nur Damia Irsalina Daeng MalisNur Damia Irsalina Daeng Malis.

Siapakah beliau sehinggakan beliau mendapat perhatian dan tumpuan dari pihak media dan orang ramai sejak bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2014?

Kegigihan pelajar istimewa Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong yang sebelum ini dipaparkan oleh pihak media,masih terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Baru-baru ini,

beliau menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Tujuan kunjungan mereka, mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.

Pemantauan perkembangan akan diberikan terutama berkaitan aktiviti yang dilakukannya di sekolah bagi membantu meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa itu berdikari.

Pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa ini agar dia dapat bergerak seoptimum sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Nur Damia Irsalina Daeng Malis Nick VujicicKisah kanak-kanak istimewa yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna itu mula mencuri perhatian umum pada September lalu.

Apabila keluarga membawanya menemui Nick Vujicic yang juga senasib dengannya semasa pakar motivasi terkenal dari Australia yang ketika itu berada di Kuala Lumpur.

Pada pertemuan ini,

Nick Vujicic terkejut bila mendapati Nur Damia Irsalina senasib dengannya.

Dimana mereka dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna.

Kisah mereka berdua membuatkan Bro teringat dekat seorang sahabat merangkap kenalan Blogger.

Mohd Sukur Ibrahim.

Mohd Sukur IbrahimWalaupun luarannya senasib juga dengan Nur Damia Irsalina dan Nick Vujicic. Tetapi beliau tetap berjaya dalam kehidupannya.

Beliau mampu menamatkan pengajian, sentiasa dijemput menjadi penceramah dan memiliki perniagaan beliau sendiri (Bro pernah melawat ofis beliau).

Paling tak sangka,

Beliau seorang yang peramah dan sentiasa bertegur sapa dengan bro. Apa yang istimewa pada bro pun, Bro tak tahu.

Beliau pernah datang ke majlis perkahwinan Bro di Perak.

Kuasa Allah swt. Seminggu selepas puteri sulung Bro dilahirkan, bro ada terniat nak berjumpa dengan beliau (sebab dah lama benar tak jumpa).

Tak sangka terjumpa di majlis berdekatan sewaktu solat Jumaat.

Itu pun sebab dia ada meeting berdekatan dengan tempat itu.

Diharapkan anda boleh meluangkan masa untuk menonton video ini.

“Seorang insan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, tapi mempunyai hati dan jiwa yang kental untuk berjaya..semangat yang tidak kenal erti putus asa menjadikan dia seorang yang dihormati.”

Bicara Bro : Bagaimana pula dengan kita yang cukup sifat? Apakah yang kita berjaya kecapi dalam kehidupan kita? Fikir-fikirkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Kisah Nur Damia Irsalina Daeng Malis Mendapat Perhatian Ramai

  1. Saya ada sepupu yg anaknya dilahirkan mmg ada kaki tp kaki dia xboleh berfungsi langsung sbb xde tulang pd bahagian kaki itu..skrg umur dia dah hampir 6 tahun dan dia sangat cepat bila bergerak menggunakan tangan..Alhamdulillah byk kelebihan dan rezeki yg Allah S.W.T berikan pd keluarga dia..:)

  2. walaupun mereka kekurangan pada anggota..tp Allah berikan kelebihan mental pd mereka.. kekurangan pada diri membuatkan mereka lebih kuat dr yang normal….

Leave a Reply to ema Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *