March 29, 2024

Kerana Iman Muda Asyraf, Ku Beli Pati Ikan Haruan Harwany

Pati Ikan Haruan Harwany
Kerana Iman Muda Asyraf, ku terbeli Pati Ikan Haruan Harwany. Iklan selalu sangat main dekat tv dan radio.

Nampak macam alasan tak boleh blah. Tapi itulah kenyataannya (duta selalunya memain peranan penting dalam memasarkan produk yang diwakili mereka). Sebenarnya, Bro tengah mencari supplement lagi-lagi bila umur semakin meningkat.

Penyakit jangan cakap la, memang sudah ada.

Cuma risau bila nanti tertiba dia datang sekali dengan pakej ahli keluarga mereka. Jenuh nak berubat, dari habiskan duit untuk merawat, baik habiskan duit untuk mencergah.

Pati Ikan Haruan Harwany boleh didapati dalam empat jenis iaitu original, gamat, ginseng Amerika dan aloe vera yang mempunyai khasiat tersendiri. Bro cuba yang Original.

Pati Ikan Haruan Harwany

Satu lagi sebab Bro beli,

Beli 6 botol, percuma 1 botol he…23x

So, jika amalkan sehari sebotol. Sekotak cukup untuk 7 hari yakni seminggu.

Pati Ikan Haruan Original mengandungi kebaikan semula jadi protein, asid amino dan mineral mudah meresap ke dalam badan yang boleh digunakan selepas pembedahan atau mereka yang bekerja sepanjang hari.

Jenis gamat pula membantu meningkatkan sistem imun badan, peredaran darah, menggalakkan kecergasan dan mencantikkan kulit manakala ginseng Amerika untuk menjaga kesihatan.

Untuk mereka yang inginkan lembapan pada kulit, rangkaian aloe vera boleh digunakan bagi membantu membekalkan oksigen kepada sel kulit.

Tambahan aloe vera dan kurma di dalamnya membuatkan ia tidak berasa hanyir sesuai bagi mereka yang mementingkan penjagaan kecantikan dan membantu memberi keremajaan pada kulit.

Bicara Bro : Diharap selepas ini Bro mampu tampil lebih cergas. Kecergasan badan dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan.

Lagi kualiti kerja, lagi banyak kerja mampu Bro buat setiap hari. Lagi-lagi bila dah berkeluarga + ada anak, perlu kerja lebih untuk beri nafkah kepada keluarga sendiri.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Kerana Iman Muda Asyraf, Ku Beli Pati Ikan Haruan Harwany

  1. Bagus sebenarnya dapat amalkan pemakanan pati ikan haruan ini… Sebab ikan Haruan terkenal dengan Omega 3 yang bagus untuk otak.. Ditamba pula dengan pelbagai bahan campuran lain, yang menjadikan parti ikan haruan harwany sangat sesuai untuk dijadikan suppliment badan…

Leave a Reply to Hani Sarah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *