Kerana Iman Muda Asyraf, ku terbeli Pati Ikan Haruan Harwany. Iklan selalu sangat main dekat tv dan radio.
Nampak macam alasan tak boleh blah. Tapi itulah kenyataannya (duta selalunya memain peranan penting dalam memasarkan produk yang diwakili mereka). Sebenarnya, Bro tengah mencari supplement lagi-lagi bila umur semakin meningkat.
Penyakit jangan cakap la, memang sudah ada.
Cuma risau bila nanti tertiba dia datang sekali dengan pakej ahli keluarga mereka. Jenuh nak berubat, dari habiskan duit untuk merawat, baik habiskan duit untuk mencergah.
Pati Ikan Haruan Harwany boleh didapati dalam empat jenis iaitu original, gamat, ginseng Amerika dan aloe vera yang mempunyai khasiat tersendiri. Bro cuba yang Original.
Satu lagi sebab Bro beli,
Beli 6 botol, percuma 1 botol he…23x
So, jika amalkan sehari sebotol. Sekotak cukup untuk 7 hari yakni seminggu.
Pati Ikan Haruan Original mengandungi kebaikan semula jadi protein, asid amino dan mineral mudah meresap ke dalam badan yang boleh digunakan selepas pembedahan atau mereka yang bekerja sepanjang hari.
Jenis gamat pula membantu meningkatkan sistem imun badan, peredaran darah, menggalakkan kecergasan dan mencantikkan kulit manakala ginseng Amerika untuk menjaga kesihatan.
Untuk mereka yang inginkan lembapan pada kulit, rangkaian aloe vera boleh digunakan bagi membantu membekalkan oksigen kepada sel kulit.
Tambahan aloe vera dan kurma di dalamnya membuatkan ia tidak berasa hanyir sesuai bagi mereka yang mementingkan penjagaan kecantikan dan membantu memberi keremajaan pada kulit.
Bicara Bro : Diharap selepas ini Bro mampu tampil lebih cergas. Kecergasan badan dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan.
Lagi kualiti kerja, lagi banyak kerja mampu Bro buat setiap hari. Lagi-lagi bila dah berkeluarga + ada anak, perlu kerja lebih untuk beri nafkah kepada keluarga sendiri.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Tapi berapa banyak yang melabur pada saham kesihatan?
Tak ramai yang sanggup laburkan pada saham kesihatan
SA consume shaklee jer…so far alhamdulillah xde masalah kesihatan buat sementara waktu ni…harap2 berterusan sampai bila2…
Bagus, wife bro layan shaklee je…
Bagus sebenarnya dapat amalkan pemakanan pati ikan haruan ini… Sebab ikan Haruan terkenal dengan Omega 3 yang bagus untuk otak.. Ditamba pula dengan pelbagai bahan campuran lain, yang menjadikan parti ikan haruan harwany sangat sesuai untuk dijadikan suppliment badan…
amek shaklee jugak.. faktor usia mmg kene amek suppliment..makanan skang byk kekurangan zat tapi terlebih lemaks..
:D
dah lama tak pekena pati ikan haruan nih. dulu, selalu paw kakak aje. haha..
last makan pati ikan haruan lepas operation bersalin …dah lama pun…
daripada muda la kena jaga kesihatan kan bro..:D
boleh beli kat mana ye bro?
Dekat pasaraya dan kedai-kedai jamu ada jual..
Assalamualaikum, saya nak tanya blh ka bagi anak yang sedang berkhatan minum pati ikan haruan? sekian, terima kasih