Nampak je nama gerai ini, secara mendadak Bro membrek kereta lalu berhenti di tepi jalan. Wow…!! Namanya mampu menarik perhatian Bro sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor melalui Jalan Bukit Rotan.
Tak kisah dari arah mana sekali pun, pasti anda akan bertembung dengan gerai Karipap Gergasi ini. Gerai ini betul-betul berdekatan dengan Cendol Bakar yang terkenal disini.
Apa landmarknya?
Jika korang jenis pemandu yang berhemah atau jenis alert. Pasti anda akan nampak gerai ini sewaktu memandu. Jika terlajak, boleh undur balik. Tapi kena hati-hati. Ada masanya jalan di sini agak sibuk.
Waktu membeli tadi, ada pula awek comel tengah membeli sama. Hanya sempat ambil gambar, tak sempat nak bertegur sapa (menemuramah beliau untuk dijadikan testimoni dalam blog ini).
Selain karipap gergasi, terdapat juga otak-otak dijual disini.
Apa yang menariknya Karipap Gergasi ini?
Saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan anda. Berharga RM3.50 dimana boleh didapati dengan inti ayam dan daging. Sedap dimakan panas-panas (kalau makan time hujan dan kesejukan, memang sedap)
Intinya agak banyak dan padat, sedap pula tue.
Tadi plan nak beli nak bawa naik Bukit Malawati. Malangnya, dalam perjalanan ke sana dah settle dah he..23x Sedap dimakan panas-panas :)
Kalau besar macam ni, makan sebiji pun dah kenyang
Memang kenyang tadi, inti dia boleh tahan
makk aiii besar betul..
Ini rasa nak pergi beli lagi nie
dah banyak kali pi kuala selangor makan ikan bakar kat aroma tapi tak pernah pula cuba karipap gergasi ni walaupun selalu jumpa tepi jalan
Sesekali try berhenti he..23x ambil gambar dan blah kalau xnak try cuba karipap ini he…23x
kt pasar malam pun ada jual…. haha 50x
Pasar malam mane ek?
pehh, gila besar habis nih wehh..
Sekali makan pun dah kenyang… Belum dua kali makan.
bro,bila nak belanja FA karipap pap3 ni.hehehe :D
Nanti tunggu bro pandai buat karipap sendiri :)
Bazaar laman 1 malaysia putrajaya, setiap2 hari selesa dan jumaat ( 6pm – 10pm).
karipap copy dan paste….haha 50x…….
Adeh, jauh la beb.. Bro duduk Rawang…
kuala selangor pun jauh bro…hehe
Eh dekat je… dalam 33 km je dah sampai… Rumah bro dekat dengan Ijok
Besaqnya karipap. Inti ayam dan daging. Guna kentang atau keledek?
Kalau x salah rasanya kentang… makan sambil drive dengan anak disisi buat hilang fokus..
(bagus punya alasan kan… sebenarnya tengah kelaparan)
kampung ku.. :) hihi..
Oh kampung dekat sini ek?
First time tgok karipap besar cengginiii..hahaha
Besar 10x tapi mahal 23x
nampak sgt dah lama DN xbalik kampung… huhuhu… :(
wow besornyer. nih hah’ peminat fenetik kaipap. haha terliuq habak hang. hihi
Haritu dekat area taiping ada nampak juga , tapi rasanya yang ini lagi besar kot .
mak oiii….kalau dapat yang inti daging sure best giler kan…terus terasa nak pi Mid Valley cari karipap gergasi…selalu beli kat situ jer…
pglmn gua makan karipap besar cenggitu..xbape sedap
kat tempat saya ni pun ada gerai jual karipap gergasi ni bro…setakat ni tak pernah beli lagi..setakat lalu je la..hee