April 25, 2024

Jangan Pandang Belakang Boleh

Jangan Pandang Belakang Boleh
Kepada peminat parodi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem parodi kepada filem seram Jangan Pandang Belakang.

Filem yang pernah menjadi fenomena industri filem tempatan dengan kutipan mencecah RM6.5 juta pada tahun 2007.

Filem parodi berjudul Jangan Pandang Belakang Boleh arahan Ismail “Bob” Hasim dan diterajui oleh Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang.

Paling menarik,

Ini merupakan filem parodi pertama dari MiG yang telah menayangkan 89 judul filem selama ini.

Jangan Pandang Belakang Boleh

Pesanan dari Bro Framestone : Pastikan anda menonton filem “Jangan Pandang Belakang” sebelum menonton filem ini.

Risau menganggu kosentrasi orang disebelah dengan pertanyaan bertubi-tubi dari anda (Bro dah pernah rasa). Kecuali kalau korang tak kenal orang sebelah atau terplan nak berkenalan dengan dorang.

Jangan Pandang Belakang Boleh

Untuk memberi aura keseraman yang sedia ada dalam Filem Jangan Pandang Belakang diserapkan dalam filem ini. Watak “Opah” yang dibawa oleh Ruminah Sidek dikekalkan.

Lakonan beliau masih mampu memberi nafas bahru kepada jalan cerita filem ini. Selain babak seram, babak jenaka juga berjaya dibawa oleh beliau dengan jayanya.

Pasti penonton tak sabar melayan karenah beliau.

Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang Boleh

Jangan Pandang Belakang Boleh

Ia mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba.

Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.

Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus.

Jangan Pandang Belakang Boleh

Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.

Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung.

Jangan Pandang Belakang Boleh

Ketika berubat di kampung,

Bomoh yang mengubatinya mengatakan benda yang menganggunya memang ada kaitan dengannya.

Apa sebenarnya yang menganggu beliau? Apa kaitan semua kejadian yang terjadi dengan diri beliau? Apa punca kematian Rose? Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda bermula 30 Januari 2014.

Pendapat Bro Framestone tentang Filem Jangan Pandang Belakang Boleh

Jangan pandang Belakang Boleh
Filem 100% parodi kepada Filem Jangan Pandang Belakang, tidak diselitkan babak dari filem lain.

Sesuai ditonton leh mereka yang inginkan filem seram komedi dan sesuai untuk seisi keluarga. Pasti anda akan tergelak sewaktu menonton kecuali jika anda tidak faham apa yang ingin disampaikan.

Sebab itu, anda kena menonton Filem Jangan Pandang Belakang untuk memahami parodi yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Jangan pandang Belakang Boleh
Tahniah kepada Zalif Sidek aka Mat Saje selaku watak utama dalam filem ini.

Bro pernah tulis artikel beliau sebelum ini di HyeBro – Zalif Sidek Impikan Watak Mencabar

Trailer Jangan Pandang Belakang Boleh

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Jangan Pandang Belakang Boleh

  1. macam takot ja bro … kalau nak tengok tak leh balik malam naik moto .. hee ,, bro iklan sikit

    —–salam …nak jadi sponsor tak ..
    NIL ingat nak buat segmen atau contest .. sempena “selawat CINTAILAH KENALILAH RASULULLAH SAW ”
    NIL tak kisah boleh bagi topup , boleh kasi review .. tudung2 murah ka tshirt ka …header ka ..bisnes kad ka .. pape lah .. kalau sudi reply blog nil ya ..

    SELAIN TINGKATKAN FPAGE DAN FOLLOWER SERTA RANKING BLOG INSYAALLAH makin mencintai RASULULLAH SAW

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *