You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Fenomena Tersepit Kerusi Pembuka Tahun 2014

Fenomena Tersepit Kerusi Pembuka Tahun 2014

Tersepit Kerusi

Fenomena tersepit kerusi menjadi bualan pembukaan tahun 2014. Fenomena ini seumpama wabak yang merebak dan berjangkit.

Dalam tempoh sehari, banyak kes tersepit kerusi dilaporkan di media sosial –  facebook, twitter, blog & instagram.

Mula-mula kanak-kanak,

Kemudian berjangkit pada guru, lembu dan korang yang tertiba upload gambar aksi korang tersepit celah kerusi. Diharapkan penyakit ini tidak merebak jadi semakin teruk.

Risau ada menteri cakap,

“Kalau tak nak tersepit kerusi, sila duduk bersila.”

Bicara Bro : Harap DOSH atau NIOSH mengambil tindakan dalam memastikan semua kerusi disekolah mahupun dirumah atau di kandang lembu tidak membahayakan sehingga tersepit kepala.

Betul apa yang dikatakan dalam gambar diatas.

“Dah besar nanti lagi banyak kau akan tersepit. Antara cinta dan cita-cita, kekasih dan rakan, ibu dan makwe, duit BR1M dan Menteri ‘Kalau Tak Suka’ he..23x”
Pelajar Sangkut Kerusi

Ini pula kes tersepit perut. Jom lihat aksi tersepit kerusi di typo.my (jangan lupa tinggalkan komen anda disana)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Fenomena Tersepit Kerusi Pembuka Tahun 2014

  1. Macam2 hal kan…sabar jer la…nak gelak kesian plak..tp gambar adik yang kat atas ni mmg kesian betul..dah la chubby…..adeh…cikgu leh relaks posing amik gambar…

  2. Rasanya pihak DOSH dan NIOSH perlu melibatkan diri untuk perbaiki tahap keselamatan di sekolah. Ada beberapa bahagian di sekolah boleh dikatakan tidak selamat antaranya tangga besi berkarat, lantai yang licin dan sebagainya lagi. Kalau ditanya kenapa tidak dibaiki alasan tak ada bajet.

Leave a Reply

Top