Blogger Dinner Dave's Deli

Alhamdulillah,

Sekali lagi dipilih menjadi pengomen tegar di blog DeqNoor.com dan sekali lagi dijemput untuk menghadiri makan malam bersama pengomen tegar blog beliau.

Lokasi pilihan kali ini di Dave’s Deli, Subang Parade.

Dan Bro merupakan blogger yang paling lewat sampai (ala macam tak biasa kan) Sedangkan dah lama sampai, cuma nak meluangkan lebih masa melawat sekeliling Subang Parade.

Bukan senang nak datang sini sejak duduk di Rawang.

Makan malam ini juga turut dihadiri oleh pengomen tegar yang lain :- Hazman Fadzil, Bro Framestone, Ezad Skytech, Ladfe Amir dan Uncle Zuan (tak dapat hadir)

Antara menu pilihan kami di sini :-

Dave's Original 1/4 Roast Chicken

Bro Framestone : Dave’s Original 1/4 Roast Chicken with mash, coleslaw & side salad – RM16.90

Dave's Braised Beef Ribs

Ezad Skytech : Dave’s Braised Beef Ribs – RM19.90

Dave's NZ Lamb Chop

Ladfe Amir : Dave’s NZ Lamb Chop – RM19.90

Dave's Beef Lasagna

Deq Noor : Dave’s Beef Lasagna – RM16.90

Dave's Chicken Parmigiana

Hazman Fadzil : Dave’s Chicken Parmigiana – RM18.90

Pemilihan kami berdasarkan ranking pengomen tegar blog beliau dari bulan 7 sehingga bulan 12 tahun 2013. Dan setiap pemenang, menerima hadiah dari beliau sepanjang merantau ke negara orang.

Paling tak disangkai,

Bro terpilih sebagai pengomen terbanyak di blog beliau sepanjang tahun 2013 (tapi no 2 je). Dan pemegang rekod pengomen tegar selama 11 bulan (ada 1 bulan itu, bro lupa nak komen dekat blog beliau)

Jika anda ingin jadi antara yang bertuah seperti kami, cuba try meninggalkan komen di blog beliau setiap bulan :)