March 28, 2024

Bila Anak Berjauhan Dengan Ayahnya

Fisha Tidur
Begini jadinya bila si anak berjauhan dengan ayahnya. Sekali jumpa, mesti nak bermanja-manja melepas rindu baru dapat tidur.

3 minggu tak jumpa, terasa rindunya.

Nampak je muka gua ganas dan macam tak reti jaga anak. Tapi bab nak bermain dan tidurkan dia memang kepakaran gua. Tukar lampin? Itu pas pada ibunya.

Jangan serlahkan segala kepakaran anda. Nanti, semuanya anda yang kena buat.

Minggu ini berada di Johor, untuk membawa pulang isteri dan anak ke ibu kota. Tinggal beberapa minggu sebelum puan isteri kembali bekerja. Kena biasakan si anak dengan rumah yang kami duduk sekarang.

Selepas beranak tempoh hari, Bro hantar isteri dan anak ke Perak untuk berpantang kemudian baru hantar ke Johor.

Pagi ini, Fisha (anak bro) tak boleh tidur dan mula merengek-rengek. Subat susu xnak, check lamping, tiada bahan radioaktif. So angkat dia, baringkan di dada. Terus lena.

Adeh, Fisha rindu nak tidur dalam pelukan daddy ek.

Bicara Bro : Tahniah buat Ruby dan pasangan atas kelahiran baby boy awal pagi tadi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Bila Anak Berjauhan Dengan Ayahnya

  1. Sampai satu masa baby memang nak tidur posisi meniarap..rasa selesa mungkin..khair dlu pun tidur meniarap..tak kira atas orang ke..atas katil ke..janji meniarap..haha

Leave a Reply to Norhasniza Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *