April 25, 2024

Baby Fisha Demam Selsema

Fisha Demam

Sian anak perempuanku, Fisha terkena demam selsema. Mungkin memang salah kami suami isteri, menyebabkan fisha terjangkit sama.

Nak buat macam mana, hanya kami bertiga je hidup bersama.

Memang mudah berjangkit, dengan keadaan cuaca yang sejuk semacam baru-baru ini. Confirm mudah jatuh sakit.

Semalam bawa wife dan anak ke klinik panel. Terkedu juga bila dengar harganya. GST ke atau harga ubat naik harga? he..23x

Disini Bro kongsikan beberapa tip yang mungkin korang boleh guna pakai :-

  1. Elak tidur sama dengan anak sekiranya anda demam atau selsema/batuk.
  2. Sentuh anak dengan tangan yang bersih sekiranya anda baru lepas batuk atau bersin.
  3. Jangan biarkan anak kesejukan.
  4. Bagi anak minum secukupnya. Mereka cepat haus dan bibir mudah kering.
  5. Jika selsema, keluarkan dengan penyedut selsema yang ada dijual di farmasi. Pastikan anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi nak menyedut hingusnya.
  6. Untuk bagi ubat minum, gunakan puting botol untuk bagi si anak kecil minum ubat.

Lagi tip akan ditambah dari masa ke semasa. Pengalaman mengajar kita.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Baby Fisha Demam Selsema

  1. alat penyedut hingus tu jangan gunakan terlalu kerap.. nanti cedera lapisan lembut dalam hidung.. nak bagi kurang sumbat hidungnya.. boleh cuba tenyeh kunyit hidup pada lesung batu.. lepas tu airnya tu letak kat batang hidung.. selain dari tu boleh juga buat garlic oil sapu pada dada, tapak kaki dan belakang..

    kalau macam pekat sangat hingusnya.. buat steam bath lebih kurang 5 minit utk cairkan hingus.. lepas tu boleh sedut.. tak sedut pun takpe sbb yg cair tu akan keluar sendiri..

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *