17,160,244 total views, 810 views today

Anak Permata Hati Anugerah Allah SWT

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Anak Anugerah Illahi Permata HatiNur Elfisha

2 bulan setengah hadir dalam hidupku, menceriakan hidupku bersama puan isteri.

Menjadi amanah dan tanggungjawab keatas diriku selalu bapa dan bakal walimu.

Permata hati yang dianugerahkan oleh Allah SWT sewaktu aku mencari kekuatan diri dengan kejadian yang menimpa diriku.

Sejak kehadirannya, Kehidupan aku mula berubah.

Banyak benda yang perlu aku korbankan dan masa yang aku miliki terasa amat bernilai untuk dibazirkan tanpa mendatangkan apa-apa faedah kepada diriku, keluargaku mahupun agama, bangsa dan negara (ceh wah.. tapi ini memang kenyataan).

Seronok tengok dia tidur pun sempat tersenyum.

Merengek-merengek bila nampak diriku, terus stop dan beraksi seperti ingin didukung oleh diriku.

Fisha Tidur

Belum lagi saat berbual denganya walaupun satu haram perkataan yang dikatakan olehnya tidak aku fahami.

Yang aku perasan, walaupun dia baru berumur 2 bulan. Beliau suka mengajuk tiap kali aku memanggil namanya. Gayanya seperti berusaha untuk menyebut namanya sendiri.

Betapa besar dan agungnya kuasaMu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Anak Permata Hati Anugerah Allah SWT

  1. seronoknya tengok bro skrg..

    1. Biasa2 je.. cuma bila dah ada isteri dan anak, hidup lebih ceria

  2. Syukur alhamdulillah. . Anak bro dah berumur 2 bulan sekarang ni. . Semakin membesar, semakin comel saya tengok. . Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. . Hehehe. .

    1. Hepp yang comel ummi dia, bukan daddy dia… Sekarang makin mengada, tak nak tidur dan nak didukung memanjang.

      Penat.

  3. Alhamdulillah, rezeki bro. Memang bila ada anak, memang kehidupan berubah. We become so amazed at Allah SWT’s greatness in allowing us to take care of a miracle.

    1. Terlalu banyak yang berubah, paling ketara.. kelenaan tidur disebelah malamnya 🙂

    2. Hahaha.. Belum lagi sentuh perubahan dari segi household cost. ^^

    3. Tang household cost tue, memang xboleh nk buat apa-apa dah

  4. kita kena jaga amanah ini elok2..nanti tuhan tanya baik nanti

    1. insya’lah akan dijaga sebaiknya….

  5. Tunggu besar sikit lagi..lagi rasa makin seronok.

    1. He..23x harap macam tue la…. Tapi macam makin mencabar je kan

Leave a Comment