Kalender KudaBila tibanya bulan 12 setiap tahun,

Kira zaman mak bapak dulu-dulu mesti minta kalender kuda tiap kali membeli belah dekat kedai runcit.

Selalunya tokey kedai memang bagi free je.

Ada juga yang bermurah hati bagi 2-3 kalender.

Begitu juga dengan mak Bro. Kumpul kalender ini dah macam hobi tanpa beliau sedari.

Paling lama pun tahun 2007 (ada 2 kalender yang Bro jumpa lepas round satu rumah) yang lagi lama dah buang kot.

Kalender 2014 pun dah start naik dah sekarang nie he…23x Terbaik la mak.
koleksi kalender kuda

Tertiba teringat dalam bilik Bro ada juga kalender… So terus pergi check, untuk dapatkan kepastian.

Yup seperti yang Bro jangkakan..

Kalender tahun 1998-1999 pun masih ada lagi. Memang fuhhhhh…!!! Itu la bilik Bro, tak berkongsi dengan sesiapa sejak berkahwin. Now hanya wife dalam pantang dan anak je tidur di bilik itu.

Rumah korang masih ada x kalender lelama?

Jika ada, meh kongsikan di blog korang dan share link dekat entry ini. Nanti Bro akan kongsikan blog anda di blog ini.