17,153,209 total views, 4,513 views today

Selesai Majlis Aqiqah Dan Doa Selamat

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Selesai Majlis Aqiqah

Alhamdulillah

Selesai juga majlis aqiqah dan kenduri doa selamat untuk puteri ku – Nur Elfisha dan juga akak sedaranya – Hana (anak adik perempuan Bro). Terima kasih kepada rakan-rakan dan orang kampung yang sudi memeriahkan majlis ini.

Walaupun sudah 47 hari bergelar ayah,

Terasa macam baru semalam je (nampak sangat nipunya – sebab malam tadi tidur dengan dia) kemarin je dia lahir ke dunia ini.

Nur Elfisha Majlis AqiqahManja sangat dengan daddynya.

Apa yang best tidur dengan daddy pun tak tahu la.

Tapi kalau ada daddy, sure lena je dia tidur.

Bila terjaga tengok daddy tak de dekat sebelah, sure dia akan merengek (bukan sebab lapar atau berak).

Nak buat macam mane kan, daddy jauh.

Esok, nak hantar dorang berdua (isteri & anak) dari Perak pulang ke Johor.

Comel je nampak “sleeping beauty” ini tidur.

Siap bergaun lagi waktu majlis aqiqahnya. Itupun jenuh nak tidurkan dia bila dia nampak ramai orang datang.

Kami tak pakai buaian (atas sebab-sebab tertentu – pergi la tanya mak Bro kenapa dia tak nak pakai buai). Kami gantikan buai dengan stroller.

Majlis Aqiqah FisHana

Hiasan disediakan dari mak andam kampung ini dan ubahsuai oleh isteri dan adik perempuan Bro. Bagi nampak lembut sikit.

Nak buat macam mana, dua-dua bayi ini merupakan bayi perempuan.

Bicara Bro : Alhamdulillah, kali ini semua adik beradik Bro dapat berkumpul sama.

Kambing tetap menjadi pilihan Bro walaupun puan isteri asik jeling-jeling je. Kambing beli sendiri dan mintak orang sembelihkan dan masak. Jimat sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Selesai Majlis Aqiqah Dan Doa Selamat

  1. Syukur Alhamdulillah… Dah selesai buat majlis akikah anak.. Saya dah selesai buat majlis akikah anak saya, sehari lepas raya haji.. Kebetulan anak saya lahir awal 9 hari sebelum raya haji…

    1. Ini kes terlewat aiming he..23x

  2. Hiii putry datang singgah 🙂

    jemput singgah and join buat entry pasal kanser. Dengan cara nih, kita dapat bantu mereka. Nak tahu lebih lanjut ? Boleh baca di http://lovelytasya32.blogspot.com/2013/12/5-tanda-awal-kanser-payudara.html

  3. macam twin jer baby girl nie…..Alhamdulillah selamat jua yea bro….

    1. Memang nampak macam twin… dah nenek dia nak macam tue kan 🙂

  4. yeayy…Fisha dahakikah dah..ternampak kambing yang bro kongsikan dalam FB…terus terliur…xper2 kristmas ni nak pi beli kambing nak buat masak kari….

    1. Terliur ek… tue pasal bro ambil gambar terus balun lepas tue…

Leave a Comment