March 29, 2024

Remaja 14 Tahun Mati Dirogol, 2 Adiknya Ditemui Mati

Remaja 14 Tahun Mati Dirogol

Agak kejam bila baca tajuk entry blog ini.

Tapi inilah kenyataan yang telah terjadi. Agak menyanyat hati bila tertonton berita ini di Buletin Utama sebentar tadi. Masih ada lagi manusia sekejam ini?

Bagaimanapun kisah sebenarnya masih belum didedahkan. Disini Bro kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh pihak media.

Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong semalam. Manakala dua adiknya dilapor hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.

Mangsa berumur 14 tahun manakala adiknya berumur tiga dan 12 tahun.

3 beradik ditemui mati

Harap sangat pembunuh dan perogolnya dijumpai dan dikenakan tindakan yang sepatutnya.

Mak bapak mana tak sebab bila tahu perkara begini terjadi kepada anak kandung mereka, lebih-lebih lagi bila 3 orang anak mereka pergi meninggalkan mereka dengan cara begini.

Bicara Bro : Gua yang baru jadi bapa ini pun risau, harap tiada apa-apa terjadi kepada keluarga dan anak ku.

***

Update terkini (1/12/2013 – 9.30pm) – Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa si akaknya, Noor Syafikah Nadia telah dirogol.

Maka, apa motif sebenar si pembunuh?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Remaja 14 Tahun Mati Dirogol, 2 Adiknya Ditemui Mati

  1. Berita terbaru katanya tidak dirogol..zaman sekarang tak kira perempuan lelaki sama saja.bahaya ada di mana2..mudah2an Allah lindungi anak2 kita adik2 kita dari segala bahaya.

  2. Siapalah punya angkara.. Ada juga manusia yang tak berperikemanusiaan macam ni… Semoga si pelaku mendapat balasan setimpalnya di dunia dan di akhirat..

  3. sempat dengar berita pasal kakak dia je tadi.. tup2 balik online terbaca berita 2 adik dia yg hilang turut di bunuh. tersentap jugak. memang terasa sangat.. nak2 lagi yg di bunuh budak 3 tahun.. jatuh airmata. terlalu banyak syaitan dalam rupa manusia sekarang ni

  4. Masha Allah…

    lepas kes bunuh, rogol pula… lepas rogol kes racist…lepas tu politik…

    semua ada motif atas kejadian ini… kita hanya mampu berserah dan mohon Najib declare hudud.

  5. SA tgok berita semalam pun memang sgt2 sentap…walau kena kat org lain but still terasa…memang sekeliling kita x selamat la sekarang ni..risau dengan Dania…

  6. mmg geram dan sedih bila baca..
    mmg sudah tiba masanyer nk kene hudud si perogol2 durjana ini..
    adeh..
    bikin kurang pahala bila duk cakap pasai perogol nie,
    rasa nk maki hamun jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *