Gambar Suami Isteri Waktu Muda

Mak pesan,

Jaga anak sendiri tak sama macam jaga anak orang lain. Begitu juga dengan jaga anak dara orang lain.

Terselak gambar-gambar difacebook zaman memuda dulu (xde la muda sangat pun) Tapi memang zaman memuda sebelum bergelar suami orang (eh, lelaki bukan selalu muda ke?)

Masa menyelak,

Terjumpa gambar bersama bakal isteri (masa ini, masih belum kahwin lagi) sewaktu keluar bersama keluarga. Saja je buat photoshoot bersama keluarga di area Putrajaya.

Iera Kan - Isteri Bro Framestone

Nampak comel je puan isteri waktu itu.

Ceria je dia.

Waktu ini, dia baru awal 20-an. Beberapa kali bawa jumpa family, terus family berkenan.

Alhamdulillah rezeki.

Mak Ayah Bro Framestone

Mak bapak Bro pun tak nak mengalah he..23x sweet je dorang berdua.

Alhamdulillah,

Setahun sudah usia perkahwinan kami. Dikurniakan puteri sorang, sebagai penyeri keluarga. Maka bermulanya tanggungjawab menjaga anak sendiri.

Bicara Bro : Mak bapa boleh jaga dan membesarkan 10 orang anak. Tetapi 10 anak belum tentu mampu jaga mak bapa mereka. Maka hargai selagi mereka masih ada.

Tengok The Making Papadom 2.

Kenapa remaja zaman sekarang, macam susah nak sambut birthday dengan keluarga dan lebih utamakan sambut dengan rakan-rakan. Siap ada yang nak sambut secara privasi dengan boyfriend/girlfriend.