17,160,210 total views, 776 views today

Permohonan BR1M 2014 Telah Dibuka

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Bagi penerima BR1M sedia ada, anda tidak perlu mendaftar lagi. Tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi anda yang memang berharap sangat duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jangan lepaskan peluang ini untuk memohon dan mengemaskini maklumat anda.

Bagi pemohon baharu,

Anda boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

Pembayaran pula akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut,

Anda boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Bicara Bro : Masih belum terbuka hati untuk memohon. Lebih elok utamakan mereka yang lebih memerlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 thoughts on “Permohonan BR1M 2014 Telah Dibuka

    1. Masih tak terbuka pintu hati nak apply la azney 🙂

  1. Hmm, Bro mohon lah. Kalau dapat, bro bagi kat saya. Saya nak beli hp baru. Takda duit.. hehe

  2. Cuba bro apply dulu..kalau dapat nanti kita share la sesama hehehe 🙂

  3. kalau takder akaun bank tu acaner ek….?

  4. tepat jam 12.00am 23.12.2013 kene terus online hehheheeee

  5. Saya layak ke tidak br1m 2014 nie.

  6. ramai gk yg tak layak tapi dpt gk BRIM ni..iskh iskh..

  7. kalau rasa tak layak tak perlu nak apply, nanti menyusahkan permohonan orang yang benar-benar layak. bila dah ramai mohon. proses jadi lambat and sudah pastinya akan ada kes terlepas pandang.

  8. tak berapa layak nak memohon la plakk..

  9. pasti gembira buat mereka yang layak…alhamdulillah…

  10. win

    guna akaun isteri ble tak?

  11. alhamdulilah..Tahniah pada yang berjaya dan layak menerima nya.

Leave a Comment