April 17, 2024

Perlu Ke Blogger Sebarkan Fitnah Terhadap P1?

boikot p1wimaxBahang kelantangan blogger masa kini makin digeruni oleh sesetengah pihak dan suara mereka makin dipandang serius.

Sekarang sudah tidak boleh main-main dengan blogger.

Salah sikit je, kena hentam. Kalau salah banyak? Lagi teruk kena hentam sampai tak boleh nak berdiri mempertahankan diri sendiri.

Baru-baru ini, timbul tertiba isu pasal P1 dimana pelangan mereka berang dengan apa yang terjadi. Bro sendiri pun tak tahu cerita ini betul atau tidak.

Bagi Bro, selagi tak ada bukti nyata, bro sendiri tidak akan sebarkan di dalam blog ini. Tapi ada juga terdengar cerita dari beberapa rakan yang turut rasa teraniaya dengan tindakan P1.

Bro rasa, korang sendiri turut mengetahui beberapa artikel yang berunsur fitnah mengenai P1 telah muncul di laman-laman blog pada 16hb Dis 2013.

Bro dapati blog ini telah menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dengan menggunakan foto-foto lama yang telah disalahgunakan. Ish…23x Perlu ke sampai tahap macam nie?

Kiosk P1 di Selayang Mall di “Serang” Pelanggan yang Marah

Kiosk P1 di Selayang Mall di Serang Pelanggan yang Marah

Fakta Sebenar

Kejadian ini telah berlaku pada bulan Disember 2012, apabila pelanggan yang pergi ke kiosk P1 (Niche Concept) meminta bayaran balik tunai sebanyak RM100 bagi penamatan COP (Cooling off Period).

Berdasarkan terma, COP bayaran balik hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh 45 hari SELEPAS penamatan dan cek hanya boleh dikeluarkan oleh ibupejabat P1.

Pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, maka beliau menunggu sehingga kiosk ditutup dan kemudiannya merosakkan kiosk tersebut. Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga terlibat untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

Kiosk P1 di “Damansara” telah Dirempuh Kereta Pelanggan yang Marah

Fakta Sebenar

Kejadian ini sebenarnya berlaku di P1 Center (One IT Broadband) pada 15hb April 2013, apabila seorang lelaki yang berumur 19 tahun, En. Loh dengan no. plat pendaftaran PHT 4077 telah hilang kawalan kenderaannya dan merempuh ke dalam kedai tersebut yang terletak di Pusat Perniagaan Gemilang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kejadian ini adalah kemalangan semata-mata yang tidak disengajakan, dengan laporan PDRM dan tuntutan yang difailkan sebagai bukti.

Bicara Bro : Jika perkara ini benar, tak salah jika blogger nak buat pendedahan. Tetapi rasanya tak perlu putar belitkan fakta sehingga ianya menjadi fitnah.

Memang trafik blog naik mendadak. Income blog pun naik juga. Tapi kena fikir gak halal haramnya.

Duit banyak pun tak guna jika tak berkat. Sampaikan kereta kena curi pun orang boleh cakap “itu mesti balasan sebab fitnah orang” or “nampak sangat duit dapat selama ini tak berkat” (Ini cerita sebenarnya yang terjadi pada kenalan Bro).

Blog korang, itu hak korang. Dosa pahala pun korang punya juga kan He..23x

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Perlu Ke Blogger Sebarkan Fitnah Terhadap P1?

  1. sekarang banyak yang di tokok tambah dari maalah sebnar..siasat x nak tp terus buat statement palsu dalam blog..nanti yang kena tempias blogger lain jugak..esok2..org dah percaya blogger dah…apa la nak jadi…

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *