You are here
Home > Bersama BroFramestone > Majlis Penikahan Rakan Selebriti JFK – Johan Farid Khairuddin

17,283,927 total views, 2,409 views today

Majlis Penikahan Rakan Selebriti JFK – Johan Farid Khairuddin

Majlis Penikahan Rakan Selebriti JFK - Johan Farid Khairuddin

Tahniah Bro ucapkan kepada rakan selebriti, JFK – Johan Farid Khairuddin (DJ Radio, Pengacara, Pilot etc) yang selamat bergelar suami kepada Nasiha Nassurudin.

Majlis penikahan ini telah berlangsung di Masjid Kelana Petra SS7/13 pada pukul 10.00 pagi.

Perkenalan hampir setengah tahun membawa mereka ke jinjang pelamin apabila mereka berdua merasanya patut melangkah lebih jauh dalam hubungan mereka.

JFK pernah menjadi pengacara TV untuk TV3 dan Astro selama 5 tahun sebelum aktif sebagai DJ Radio selama 14 tahun. Bro kenali beliau sewaktu beliau mengacara Mentor musim pertama bagi TV3. Tapi rapat dengan Bro sewaktu event Nandos tahun 2012.

Bro makin rapat dengan dia sejak promote pakej penerbangan peribadi yang beliau adakan bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman terbang menaiki pesawat ringan. Berminat? Boleh hubungi Bro.

Perkenalan mereka melalui laman sosial, dimana Nasiha meninggalkan komen pada satu gambar.

Mereka berjumpa dan bermula segalanya, lebih kurang macam cinta pandang pertama (Macam bro dengan wife bro juga). Gadis tersebut yang berasal dari Kelana Jaya dan merupakan seorang guru berjaya menambat hati JFK.

Akad Nikah Rakan Selebriti JFK - Johan Farid Khairuddin

Majlis penikahan hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat. Bagaimanapun majlis repsepsi bakal diadakan pada bulan februari tahun depan.

Pemilihan tarikh 11.12.2013 disebabkan tarikhnya menarik dan mudah diingati. Sebab itu pasangan mempelai ini memilih pukul 10 pagi, 11hb Disember 2013 (10,11,12,13)

Kedua-dua pasangan ini masih belum merancang mana-mana lokasi untuk berbulan muda. Asal sempat je, kata JFK.

Antara gambar yang boleh kami kongsikan sepanjang majlis ini berlangsung.

Nasiha Wife JFK

JFK - Johan Farid Khairuddin

Bro Framestone Pengantin Baru JFK - Johan Farid Khairuddin

Bicara Bro : Terima kasih sebab lantik blog broframestone.com dan hyebro.com sebagai media rasmi untuk majlis penikahan ini. Bagi pihak media yang inginkan gambar official boleh hubungi thebearsyndicate@gmail.com (0125935506- PakLan) – The Bears Syndicate Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Majlis Penikahan Rakan Selebriti JFK – Johan Farid Khairuddin

  1. Cantik masa dan tarikh yang dipilih… Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada Johan Farid Khairuddin dan pasangan… Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..

    1. Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua yang membaca, Memang JFK bertuah sangat dapat berjumpa dengan jodoh JFK. Alhamdullilah syukur semua berjalan lancar. Kepada mana mana media yang berminat untuk gambar dan juga the story, boleh jumpa Bro Framestone… The man! Thanks for covering my akad bro, i wanted to keep it private and simple, and you are a friend. Wsalam.

  2. congrats nasiha…. almost 12 years we are friends, finally, you meet someone very special … be a good teacher n lovely wife ..

Leave a Reply

Top