You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Keberkatan Rumah Yang Dikunjungi Malaikat

Keberkatan Rumah Yang Dikunjungi Malaikat

rumah bandar tasik puteri rawangSepanjang berkahwin, baru 2 kali Bro dan keluarga pindah rumah (tidak termasuk pindah dari rumah sewa bujang dahulu).

Selain faktor lokasi + sewa rumah dan keselesaan. Ada satu lagi faktor yang perlu dititik beratkan oleh kami sekeluarga termasuk anda.

Biarlah rumah yang diduduki/didiami ini mendapat keberkatan/rahmat Allah SWT dan sentiasa dikunjungi oleh Malaikat.

Persoalannya,

Bagaimanakah cara kita selaku umat Islam untuk mendapatkan rumah yang dirahmati?

Sebenarnya, antara faktor menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah itu sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat.

Malaikat Rahmat sentiasa taat menjunjung akan perintah Allah SWT dan tidak pernah menderhakai-Nya sebagaimana firman Allah dalam Surah At Tahriim ayat 6, yang bermaksud: “Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Apabila Malaikat Rahmat memasuki rumah seseorang, inilah yang disifatkan sebagai satu rahmat, keuntungan dan kebaikan bagi penghuninya.

Apartments fully furnished

Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya.

Ada banyak sebab mengapa rumah atau tempat kediaman tidak dimasuki Malaikat Rahmat, antaranya:

  1. Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan.
  2. Rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa.
  3. Rumah orang yang memakan harta anak yatim.
  4. Rumah yang mempunyai anjing dan hiasan patung/gambar benda hidup.
  5. Rumah yang mengadakan majlis namun langsung tidak menyebut perkataan mengingati Allah.
  6. Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki.
  7. Rumah orang yang dilaknat. Antara golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Bicara Bro : Walaupun Malaikat Rahmat tak masuk rumah, jangan ingat Malaikat Maut tidak akan masuk rumah anda.

Jika anda inginkan panduan hartanah untuk menguruskan hal jual beli rumah mahupun rumah sewa. Anda boleh dapatkan buku ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Keberkatan Rumah Yang Dikunjungi Malaikat

  1. 7 faktor tu memang betul..Bukan hanya malaikat yang tak akan dekati kita yang berada dalam rumah tu pun pasti tak akan menikmati kebahagiaan…ada je masalah…

Leave a Reply

Top