You are here
Home > Uncategorized > Info Terkini Banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

17,281,376 total views, 2,906 views today

Info Terkini Banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

NEWS

Di sini Bro ingin kongsikan info terkini keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor.

Sehingga malam semalam, kira-kira 20,000 penduduk di Terengganu, Pahang dan Johor telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Terbaca juga beberapa status rakan facebook yang menunggu arahan untuk berpindah awal pagi tadi.

Harap tiada perkara buruk terjadi kepada mereka dan keluarga.

Mana yang boleh diselematkan, kita selamatkan dulu terutama dokumen penting. Barang-barang berharga jangan tinggalkan dirumah. Mana yang boleh diletakan di tempat tinggi, letakan je.

Jumlah mangsa dipindahkan.

Info Terkini Banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

Bagi mereka yang ke hulu kehilir melalui kawasan yang dinaiki air, sila berhati-hati. Kalau takat pakai kancil atau kenderaan ringan jangan nak bajet power pergi redah juga air yang naik di jalan raya.

Semalam, ada kenalan nak juga redah.. sampai kan kereta tengelam takat pinggang (kereta ada pinggang ke?) Selamat ada orang sedar dia ada dalam kereta dan paksa dia keluar (kes panik tak tahu nk buat apa dah tue).

Jalan ditutup akibat banjir

Hulu Terengganu
– Jln Bukiy Diman – Pengkalan Ajal – Simpanh FELDA Tersat
– Jln FELDA Mengkawang – Tersat di jalan Lubuk Periuk dan Kampung Peneh

Kemaman
– Jln Kemasik – Air Jernih – Ibok – Paman
– Jambatan Air Putih – Teladas
– Jln Sungai Pinang
– Jln Air Putih
– Jln FELDA Neram 2
– Jln Jerangau – Jabor

Dungun
– KM 76 Jln Bukit Besi
– Dungun (berhampiran Stesen JPJ)

Pahang
– KM 28 Jln Kuantan – Sungai Lembing
– KM 36 Jln Gambang – Kuantan
– KM 16 Jln Nenasi – Pekan
– KM 145 Jln Jerangau – Jabor
– KM 72 Jln Kuantan – Segamat
– KM 10 Jlm Kuantan – Pekan

Johor
– KM 7 Jln Nitar – Kluang
– Jln Kota Tinggi – Mersing
– KM 16 Jln Kota Tinggi- Mersing dekat ILP (tanah runtuh sedang dibersihkan)

Menurut Facebook Polis Pahang. Beberapa jalan di sekitar Pahang juga ditutup bagi kenderaan ringan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Info Terkini Banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

  1. simpati atas segala musibah yang menimpa semua mangsa..harap mereka tabah menghadapi dugaan…banyak kereta yang tenggelam kan..lepas ni semua bengkel sure penuh dengan kereta nak di repair…insurans x cover plak tu…

Leave a Reply

Top