April 26, 2024

Filem Tokan – Sisi Gelap Dunia Dadah

Tokan-Pekin-IbrahimTokan, adalah salah satu filem yang amat Bro nantikan hujung tahun ini arahan Ghaz Abu Bakar.

Keativiti serta kebolehan beliau mengarah menjadikan filem ini mempunyai elemen dramatik yang hebat.

Sebab apa Bro menantikan filem ini?

Ini kerana ianya dilakonkan oleh member merangkap pelakon yang Bro respect – Pekin Ibrahim. Dia sendiri suruh Bro layan filem ini sewaktu shooting telemovie dengannya tempoh hari.

Tak sangka, dari hubungan as rakan artis dengan media terus jadi rakan belakon. Rezeki kan.

Filem ini membariskan bintang hebat antaranya Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Johan As’ari dan pelakon baru iaitu Wanna Ali.

Lokasi pengambaran sekitar Melaka dan ibu kota dan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta bagi menyempurnakan pembikinan filem ini.

Pekin Ibrahim Uqasha Senrose

Sinopsis filem Tokan

Tokan mengisahkan tentang sindiket pengedaran dadah.

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuk Tuan Kamil (Wan Hanafi Su). Beliau merupakan Tokan terbesar di Melaka dan rakan baik kepada Tuan Gan.

Dalam masa yang sama, beliau mempunyai seorang pengawal peribadi Yusof yang merangkap sebagai pemandu, pengiring dan pembantu perniagaan kilang Tuan Kamil. Perniagaan yang digunakan untuk mengaburi perniagaan dadah yang dilakukannya.

Beliau juga mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana yang dijaga oleh Mat Lobe (Zizan Razak) salah seorang Tokan termuda dalam kumpulan ini.

Berita tentang pembunuhan Tuan Gan membuatkan semua tokan dadah tidak dapat duduk diam. Sehinggakan pada satu hari, kereta Tuan Kamil diserang dan Yusuf cedera parah.

Rano (Johan As’ari) merupakan pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh semua tokan dadah yang terlibat dengan aktiviti penggunaan keldai dadah yang memerangkap salah seorang anak orang yang mengupahnya.

Maka bermulalah kisah mendebarkan apabila sorang per sorang Tokan di bawah Tuan Kamil mati dibunuh dan aktiviti beliau diketahui oleh anaknya sendiri. Ini menyebabkan beliau ingin berhenti dan cuci tangan dari dunia dadah ini.

Keputusan beliau menyebabkan berlakukan pemberontakan oleh Mat Lobe yang merasakan dirinya layak menjadi ketua tokan.

Bagaimanapun pemberontakan ini tidak kekal lama apabila markas mereka diserang oleh Rano dan semua tokan dibunuh termasuk Tuan Kamil. Bagaimanakah nasib Yusuf dan kedua orang anak Tuan Kamil.

Jangan lupa saksikannya di pawagam bermula 26 Disember 2013.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Filem Tokan – Sisi Gelap Dunia Dadah

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *