17,148,767 total views, 71 views today

Filem Laki-Laki – 5 Sahabat Membaiki Motivasi Diri

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Barisan Pelakon Filem Laki Laki Bersama David Teo

Pertama kali menonton filem yang mempunyai 5 hero tanpa heroin.

Filem Laki-Laki mengisahkan lima lelaki iaitu Abu, Razak, Jerry, Samad dan Azman yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah mengikuti sebuah program motivasi untuk membantu menaikkan semangat mereka semula.

Bagaimanapun mereka terlibat dalam satu tragedi kapal terbang terhempas sehingga masing-masing terdampar di sebuah pulau kecil.

  1. Abu – Seorang chef yang hebat, tetapi kehilangan kekasih dan perniagaannya kepada seorang yang dikatakan teman rapat (Kira kes member makan member).
  2. Razak – Seorang yang masih tinggal bersama ibunya dan merupakan seorang kartunis. Tetapi syarikatnya muflis lalu menyebabkannya kehilangan pekerjaan dan juga putus tunang.
  3. Jerry – Seorang penyanyi rock yang meninggalkan kumpulannya untuk bergerak solo, tetapi akhirnya menyedari dia tidak mampu berbuat demikian.
  4. Samad – Seorang pengarah filem yang berlagak dan filem yang diarahnya sentiasa gagal.
  5. Azman – Seorang pemain bola terkenal, tetapi disingkir dari pasukan Malaysia kerana tidak berdisiplin dan mementingkan diri dari semangat berpasukan.

Masing-masing mempunyai keegoan dan membuatkan mereka sering bergaduh namun, lama-kelamaan mereka mula bekerjasama bersatu untuk hidup di pulau tersebut.

Ollyn Khadri - Filem Laki Laki

Menurut pengarahnya – Ollyn Khadry, menyifatkan ketiadaan pelakon-pelakon popular dalam karya terbaharunya tidak akan menjejaskan tarikan orang ramai bagi menyaksikan filem tersebut.

Barisan pelakon utamanya iaitu Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail sudah cukup membuatkan para penonton terhibur.

Apa yang menarik tentang Filem  Laki Laki :-

  1. Babak Angah Raja Lawak yang mampu mencuit hati watak lain.
  2. Aksi dorang dikejar babi hutan.
  3. Tiba-tiba ada club dekat pulai itu.
  4. Babak mereka pergi membuang air beramai-ramai waktu malam.
  5. Lawak pengakap.
  6. Babak menaiki rakit merentas laut.

Apa-apa pun jangan lupa untuk menyaksikan filem ini dipawagam berdekatan anda bermula 19 Disember 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment